June 28, 2016

My Wisdoom Tooth and My Life

Salam,

Finally, my wisdom tooth buat hal lg. Sakit dia, Mashaallah, hanya Allah ja tau.Harini aku ambil mc. menangis ya rabbi macam budak darjah 1.haha..housemate terkejut sb aku nangis dalam fon ngadu dekat mak aku. Well, masa ni la u need someone by your side but you have none. Sobs.

Gigi aku akan dicabut lepas raya. Semalam aku gi klinik gigi government.Doktor cakap lepas raya n dy bagi ubat tahan sakit dekat aku. Then tak pa la.i olls redha. Sahur tadi makan ubat siap2 pastu smbg tdo. Bangun ja dr tdo ya rabbi. Allah ja tau tak tertanggung sakit. Lepas call mak, mak pesan gi klinik swasta. Pegi klinik swasta,hmmm,bagus juga la sb doktor cek smpi hbs. tp duit aku habis rm200. T_T. Tapi itu belum cabut ye. Cabut lepas raya and i will do at government dentist. Swasta mau nangis la aku.

Lepas tu, rasa la lega sikt. Terus gi qb tengok wayang.Hahaha..Sorang pun jadi wei.Then call mak bgtau perkembangan. Waktu ni la mak aku ulang balik ayat dulu. The reason why they dont allow me to work far from them. Padahal aku dekat penang je pon. Mak aku kata sakit macam ni la mak aku risau. Takde sape nak tengokkan. Pegi mana2 sorang2. I told my mak, selagi mak doakan keselamatan angah, selagi tu la angah selamat.hehehe

My life. hurmm.. Based on my last post.After i got this pain, i decided to stop. I do like him but enough for me to end here. Perasaan orang tak bole paksa awak. Hashtag redha.haha.
I realize that my istikharah must have other meaning. Tak pe la awak. I dont mind and i dont want to waste your time.

Mungkin life aku macam ni la kan. Ala2 sedih, lonely, and hmmm..and ape ea.lols.im not pathetic. I just want to continue my life. Hey, im an independant woman hokeyyyy. I stand on my feet.Tak pe. Ada jodoh ada la.

Now, i wanna take care of my health. Jaga diri sendri. Jaga hubungan aku dengan Allah. Perbaiki diri aku.Be anak yang solehah. As long as Allah with me.I m okay. Perkara yang aku paling takut ialah Allah lepaskan hati aku.Biarkan aku pergi macam tu.Allahu, nauzubillah. 2nd yg aku takut.Kehilangan family aku. Aku tak bole bayangkan. Family ak sentiasa dgn aku. Tak de tempat lain lagi aku bole bergantung melainkan family aku.

Well thats all. Walaupun takde orang membaca i dont mind.At least, apa yg terbuku dalam hati aku dah keluar. If anyone read this please keep it silent. Aku tak nak la orang baca blog aku.Because this is only place I can express my feelings.Okay. Thanks =D


December 17, 2015

My thought

salam,

havent update my blog for a long time. I just wanna share my thought for today eventhough  i know no one read my post.lol

tadi balik dari keja.Naik lif.my house at level 11.which is paling atas.then, the lift stopped at level 3.ghopenye ada bangla nak masuk naik tingkat atas.now, what i wanna say is, when i looked at his face i can feel he got something in his mind.His face shows full of worry. Resah,macam ada yg tak kena.Risau sesuatu maybe.

Tapi kenapa aku nak sibuk sgt kan.Just let him la.Allahu, im not so sure why i hv this in my mind.What can i say, aku banyak merungut.I got life, i got family, i got job eventhough contract but i can say alhamdulliah much better.My 2015 was challenging. I have been through sooo many things.I cried,hatred,lonely and many more.

Different ppl has different life.We should be glad.Life is tough, isnt it?.There billions people on this world who have unfortunate life. Sedangkan kita juga struggling untuk hidup.Dont ever look down to other people.Mana tahu mereka lg mulia dr kita. Dont ever give up and always move forward. I am just human.Orang melayu tapi speaking .hahaha..Kita ttak bernasib baik sgt tp bersyukur la kerna Allah izinkan kita bernafas lg. Till then.

ps: Esok ada sambutan krismas. Aku nk pki jubah.hahaha

September 27, 2014

Kerja dan harapan

assalamualaikum..

 alhamdulillah, alhamdulillah, setelah setahun lebih aku takde keje.Sekarang aku dah keje. The real job for me i think.Aku rasa lah. I know it will be harder, maybe more cruel, i need to be more carefull. But this is what i choose for my path. Aku dapat keje dekat penang. Dekat kedah tu susah kot nak dapat kerja. Finally, I have to live in Penang. Aku kena masuk isnin nih which make me more nervous.

 I never thought I get this job as the competitors are many and my first interview was a month ago. The manager told me after 1st interview they will call me in one week if I succeed. So at that time I thought memang dah takde harapan.Sebab dah lepas seminggu kan But then, Last Thursday's night around 9.30 pm i got the message which I have to attend for second interview on friday afternoon.

Ya Allah, mau tak terkejut. Nak dikatakan rezeki aku, adik aku yang merangkap driver aku(aku tak bole bawa kete betul2 lg sb aku baru je dapat lesen okay) tuh cuti hari jumaat. Ape lagi pegi je la. Guna la navigation dalam fon aku untuk samapi ke destinasi. I never lost in Penang yet because I always use navigation on my phone. Ketaq bak hang tak payah habaq la. Tapi redha pun ada la juga dekat situ.Andddd alhamdulillah aku dapat keje walaupun ada soalan2 yang ditanya mmg membuatkan aku blurr sebab tak well prepared. Kira matematik pun salah sebab aku tak faham soalan.hahaha

 Tapi itu hanyalah permulaan. I have degree but not yet experience. So, aku kena belajar banyaaaaaak sangat. And I do have few problems yang aku memang pening bila memikiornye. Alhamdulillah aku ada few friends yang sudi tolong aku. Thanks soooo much friends sebab sudi tolong aku. Hanya Allah je lah yang dapat balas jasa korang. indeed, true friend is the one who help you when you are in trouble. Ukhuwah fillah abadan abada. ^_^

 And pray for me please, moga aku dapat ubah hidup aku, moga aku sendiri berubah kepada kebaikan, moga ini yang terbaik untuk aku. Moga aku kuat dan tabah untuk hadapi masa depan. Moga kisah yang lepas dapat aku jadikan pengajaran. Moga aku sentiasa menjadi hamba Allah yang soleh. Amiiinnn

. p/s: mesti korang pelikkan cane aku boleh convince ayah aku.hehehe..adalah itu rahsia. tapi aku admit aku agak degil waktu tuh..hoho.

September 17, 2014

Arahan My Ayah

assalamualaikum..

I have many worries lately. which some of the worries that I have decided is to ignore it until the main concern in my life has been settle.

Apa yang kena settle-nye sekarang.My most main concern is looking for a job.Aku agak frust sekarang ni sebab this week I have interview in Penang which I really want to go as i can see my opportunity there. Tapi apa yang buat aku geram is my ayah tak bagi aku pegi penang. Just becausee of my ayah susah wei nak explain dekat orang. People memang takkan faham dengan concern aku. Aku pernah kena hina dengan orang sebab katanya ayah aku ni suka mengongkong.Padahal bila ayah aku ada orang tu tak kata lak dekat ayah aku. Kata dekat aku je.grrr..ni lagi buat aku geram.

I believe my ayah has his own reason.Honestly, I did had a debate with my ayah regarding my interview's place. Memang tak kira macam mana pun ayah aku memang susah nak lepas aku pegi kerja jauh2. His excuse is tak de duit(but the truth is dia tak mau anak dia kerja jauh2).Itu je lah yang ayah aku bagi alasan bila aku nak gi interview jauh. Hari tu aku boleh pegi Penang untuk interview pun jenuh pujuk ayah aku. When he said he doesnt has money dengan lagaknya aku cakap aku ada duit sendiri.Itu sebab aku ada duit lagi and baru berhenti kerja.Dan sebelum aku habiskan duit aku dekat lesen memandu dan shopping ntah ape ntah.

Waktu tu pun ayah aku dah gelabah and he has a bit confident that I will not get that job since I told him yang apply kerja tu 500++ orang tapi diorang nak tiga orang.So, he really let me go. finally I didnt get that job. Disebabkan ayah aku berkuasa sekrang ni aku terpaksa la terima dan semangat aku dipatahkan dengan kata ayah aku tak de duit. *sigh*

Nak lawan memang aku tak boleh lebih2. Cukup tiga kali ayah aku cakap tak boleh aku stop dari minta. Then suddenly there are an open interview in Langkawi and one other interview yang aku tak tau ape  dekat langkawi juga. Tetiba je ayah aku suruh aku pegi and he will support everything. Ada la pula duit ayah aku nih. Now, aku redha je la.

Tadi aku duduk dekat ruang tamu and aku just silent.Mood pun dah tak ada waktu tu,then suddenly ayah aku usap kepala aku. Katanya,' Tak pa angah nanti angah dapat kerja juga. Pelan-pelan lah. Cuma sekarang kerja tu datang lambat sikit'.Hurmm..what can I say as I am his youngest daughter I have to accept it.

I really wanna be independent. Go wherever i wanna go. Be brave and bold. My mom once had said to me aku takkan pegi jauh dari keluarga aku unless aku dah kahwin ada suami. If aku dah ada suami aku pergi la mana aku suka . Diorang cakap aku dah berteman.So, diorang tak risau lagi pasal aku.

Susah juga jadi anak dara pak cik zolkifli nih.Itu pun kalau aku dapat laki yang boleh bagi aku gerak sana sini.Kalau aku dapat lagi teruk dari ayah aku acane?? ishh.. nauzubillah.Nak tunggu prince charming datang selamatkan aku and freely bring me wherever I wanna go? Macam tunggu bulan jatuh ke riba. Memang tak lah. Batang hidung pun aku tak nampak sekarang ni. Berangan dalam mimpi je lah..

So thats all.
p/s: Honestly aku tak nak kerja dekat langkawi . Aku pernah menetap dekat situ selama 12 tahun. I know really well that place. I love 'tanah besar' nih lagi dari pulau tuh.Seriously, my mind more open here.


September 6, 2014

Mana Diri



Perasaan, perasaan yang membuak -buak dalam dada.
Perasaan yang dulunya takut menguasai diri kini perasaan itu telah berjaya,
Rasa bagaikan bom jangka masa
Bila sampai waktu dipetik ia akan meletup
Rasa macam hati dah tak ada perasaan simpati, perasaan kasih yang dulu,
Diri ni hanya pentingkan diri sendiri, tak pedulikan orang lain.
Mana diri yang dulu?

Mencari balik diri yang menghilang,
merayu agar diri itu pulang kembali.
Betapa rindunya diri yang dulu
Penuh dengan kasih, penuh dengan gembira
Walaupun luka tetap terus berjuang,
Walaupun jatuh tetap bangun berdiri
Semangat yang tak pernah luntur walaupun tohmahan dan hina dicurahkan
Wahai diri datang kembali

Jasad ini
Mencari langkah kembali ke jalan,
Jalan yang sudah hilang dek ditelan perasaan benci dan marah,
Tidak toleh ke belakang mahupun depan
Apatah lagi memandang kiri ke kanan
Apa dah jadi?

Pujuklah diri agar ia kembali ke badannya
Pujuklah diri agar hidup tak terus jatuh dan jatuh
Pujuklah diri agar tidak dipijak oleh yang lain
Cari diri semula
Agar bahagia seperti dulu.


Aku yang merepek
cikasi


August 15, 2014

TIGER

assalamualaikum..


I was a cat lover. Serius aku tak tipu. Aku suatu masa dulu aku adalah pencinta haiwan nabi ni.Tak kira apa jenis kucing bulu kembang ke, tak de bulu ke,kaki macam stokin ke semuanya aku ambil peluk.

Suatu masa dulu, aku selalu kutip kucing tepi jalan bawa balik rumah. Lepas tu mak aku marah suruh aku letak balik dekat mana aku ambil. Sebab dekat rumah aku dah ada kucing. Lepas tu aku menangis waktu hantar kucing tu.Hari-hari aku akan melawat kucing tu sampai la kucing tu dah takde dekat situ. dan waktu tu aku harap ada orang ambil kucing-kucing tu.

Suatu masa dulu, tak kisah la kucing bernanah ke, ada kutu, banyak benda kotor ke, aku akan ambil kejap dan cuci sampai kucing-kucing tu bersih. sampai aku rasa puas. Aku tak kisah kalau kucing tu cakar aku asalkan binatang comel ni bersih.

Suatu masa dulu, kucing yang aku bela akan hantar aku pegi sekolah. Setiap pagi. Walaupun aku halau diorang balik ke rumah, kucing aku tetap akan hantar aku ke sekolah sampailah aku lintas jalan dengan selamat.

Suatu masa dulu, setiap malam aku akan pastikan semua kucing-kucing ada dekat rumah. Aku akan cari diorang sampai jumpa.

Suatu masa dulu, walaupun aku ada penyakit lelah aku tak kisah. Kena marah dengan mak aku berkali-kail aku tak kisah.Aku tetap peluk kucing aku erat-erat sampai aku tetido.

Itu suatu masa dulu,hati aku hanya pada kucing. sekarang? Sejak kucing terakhir aku mati aku dah tak minat dengan kucing. Tiger (nama kucing last aku) bawa hati aku bersama.  Bawa perasaan kasih aku pada kucing bersama. Tiger kucing aku paling aku sayang. Paling baik, paling dengar kata-kata aku.

Tiger perangai dia seperti namanya. Agak garang, agak maskulin. Sangat berdisiplin. Kalau dia nak ke tandas di tengah malam tiger akan kejut aku. Then, aku buka pintu tandas untuk dia.Kucing lain kalau tak sempat melepas dekat mana diorang nak.

Kalau aku ada nangis macam dia faham je. Dia duduk sebelah aku.Dengar apa yang aku nak cakap.Pastu dia gesel-gesel aku.Tu yang buat aku sayang dia sangat.
Tiger kalau lapar dia minta. Tiger memang bising bila lapar. Tapi bila aku bawa keluar ikan tunjuk dekat dia yang aku tengah rebus ikan untuk dia, tiger akan duduk diam tepi dapur sampai ikan tu masak.

Waktu tidur dia tak macam kucing lain. Kucing lain suka hati je nak tidur dekat mana2. Tapi Tiger akan tidur dekat hujung kaki aku.Walaupun aku letak dia di sebelah aku, dia akan bangun dan tidur di kaki aku.Walaupun aku pernah tersepak dia  sampai terpelanting waktu tidur, tiger tetap tidur dekat hujung kaki aku.

Sebelum dia mati, tiger ada bawa kawan balik rumah. Satu family pelik, sebab tiger tak berkawan dengan mana-mana kucing. Apatah lagi dengan betina.Tiger sangat anti dengan kucing betina. Waktu tu kitorang memang pelik.Tapi mak aku marah tiger tak bagi bawa balik kawan. Tapi tiger tetap bawa balik kucing tu. Tapi keluarga aku tetap tak terima sebab bagi kami cukup la ada tiger sekor. Tapi bila aku fikir balik tiger bawa pengganti kot untuk aku.

Pagi hari tiger mati aku happy sangat entah kenapa. Balik je dekat rumah mak aku cakap tiger dah mati. I did cried. Tapi tak de lah maraung gitu.Nangis ala-ala heroin dalam tv.Cuma bila teringat je aku menangis. For a week, aku dikira berkabung la. Rasa sunyi. 

Suatu hari aku baru bangun dari tidur. Antara tidur dan terjaga aku nampak tiger.Dia duduk di kerusi sambil pandang aku. Matanya seolah-olah senyum. Lepas tu dia bangun lompat dari kerusi dan terus berjalan ke dapur.Waktu tu, aku kata pada diri aku sendiri, yang sebenarnya tiger mati tu adalah mimpi je.

Aku cepat-cepat ke dapur,tanya mak dengan kaklong aku mana tiger.Sebab tadi aku nampak dia Mak aku kata mak aku nampak tiger juga tapi tiger kan dah mati.Mak aku kata mungkin tu roh tiger kot. Sebab kak long aku pun nampak.So, tiger mati tu bukan mimpi. T_T

Then i cried again.Aku dah tak mau rapat dengan kucing. Tiger took that feeling away from me.Aku pandang kucing dengan takde pape perasaan sekarang ni. Kalau dulu aku boleh bersihkan kucing macam tu je tapi sekarang aku tak boleh tengok kotor2 ni.Aku rasa  geli. 

How i miss him so much. Kalau aku dapat jumpa dia lagi, aku nak citer dekat tiger, How's my life has change. 10 years has past and many things have happened. Aku pun dah pindah rumah. And his grieve pun aku dah tak tau dekat mana.

I can say he was my bestie when i was teenager. Always besides me at that time. He is gone and what can I do is I ask Allah in my prayer that I want to meet him again in hereafter. InsyaAllah.

Tiger aku lebih kurang macam ni la rupa tapi dia ada sifat maskulin gitu.
P/S: ni cerita aku. Kalau tak faham buat  tak tau je.

August 13, 2014

Kisah Aku


Kisah aku yang aku kisah adalah aku,
Kisah aku struggle dengan diri sendiri,
Kisah aku yang cuba juga by hook or by crook aku tetap nak juga
Kisah aku cuba berkali-kali walaupun keputusannya aku tetap gagal
Kisah aku yang berjuang untuk bebas dari kepompong aku
Kisah aku untuk tidak peduli hal orang lain
Kisah aku yang aku sedar dalam dunia hanya aku sorang
Kisah aku yang usia berganjak seiring dengan waktu yang berdetik
Kisah aku yang jatuh dari motor pastu secara tak sedar kaki aku lebam
Kisah aku dengan muka tak tau malu aku cari peluang sekeliling aku
Kisah aku yang dah tak kisah apa orang kata
Kisah aku yang dah lali dengan kata-kata orang yang nak jatuhkan aku
Kisah aku yang belajar dari kesilapan
Kisah aku yang cuba untuk membalas dendam tapi aku  tersilap langkah
Kisah aku yang gembira bila dapat invitation kawan2 nak kahwin
Kisah aku yang aku rindukan diri aku yang dulu
Kisah aku rindukan sahabat-sahabat aku
Kisah aku yang merasakan aku sudah kehilangan diri aku sikit demi sikit
Kisah aku yang cara aku bercakap sudah berubah
Kisah aku yang cuba luahkan tapi tiada siapa yang dengar
Apa yang aku kisah sekarang aku ada Tuhanku

Semuanya tentang kisah aku. Kisah bermaksud cerita. Hidup manusia bukan macam dalam movie ataupun novel yang endingnya bahagia. Hidup ada naik turunnya. Macam orang kata hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita dekat atas.Kadang-kadang kita dekat bawah.Tak guna nak meratapi hidupyang serba tak kena ni. Cuba yang terbaik. Yakin pada yang SATU.
 Sekian...