August 20, 2011

DuGaaN

assalamu'alaimkum....

Lately, dalam tahun ni aku diuji dengan pelbagai dugaan.Terasa iman dalam diri ni betul2 dicabar.Kesabaran yang ada dah sampai ke tahap paling maksima.Dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.Terasa sangat sakit. Sesetengah cubaan aku boleh tahan,aku boleh sabar, setengah lagi kesakitan yang ada semakin parah dan kesabaran yang ada sudah semakin tak tertahan.

Tanya je kepada sesiapa,apakah dugaan yang paling tinggi dalam hidupnya. Jika belum jumpa lagi diharap tingkatkan iman anda.Jika sudah,pasti anda rasa bebanan yang dipikul sudah tak mampu digalas lagi.Bagaikan mahu saja lepaskan bebanan tu, mahu saja lari dari masalah itu.Bagi yang mengatakan dia sudah jumpa,tapi kamu dapat hadapi dengan tenang, jangan ingat itulah yang terbesar cubaan dalam hidup anda.Ada yang lagi besar sedang menanti.

Sabar..hurm...satu perkataan yang berjuta kali aku dengar.Aku mengaku sabar adalah perkara yang paling penting dalam menghadapi cubaan.Jika tak sabar manakan aku berjaya mengahadapi dugaan hidup yang sebelum ni.Tapi aku bukannya boleh bersabar dengan hanya mendiamkan diri.Aku bukan boleh bersabar dengan berpura-pura menunjukkan aku memaafkan orang tu, dengan mengukir senyuman dan menerima orang yang menguji kesabaran aku yang akan memijak aku semula berpuluh kali di masa depan.

Sabar tapi tidak menyelesaikan masalah, membiarkan diri ini ditindas, menanggung fitnah orang, membiarkan kawan malah darah daging sendiri menikam dari belakang, itu adalah membunuh diri sendiri.
Sabar harus seiring dengan penyelesaian yang baik.Otak perlu berjalan , jalan penyelesaian harus dicari agar tahap kesabaran tidak diuji berulang-kali.Jangan mengharapkan masalah boleh diselesaikan dengan sendirinya,mendiamkan diri dan membiarkan dugaan itu sendiri memakan diri kita.
INGAT!!! Allah menolong hamba-Nya yang sentiasa cuba menolong diri sendiri.

"Benda yang lepas tak payahla nak ingat"
"nak buat macammana,ah, biar jela,ko sabar banyak2.Lambat laun orang tahu juga"
ini adalah antara perkataan yang paling aku tak suka dan banyak lagi kata2 yang bukannya nak memberi semangat tapi kata2 yang menyuruh aku melupakan apa yang dilakukan oleh orang. Biarkan orang itu memijak aku berpuluh kali.
Kadang2 aku rasa aku ni macam orang bodoh. Tak lakukan apa2 dan aku tak mampu nak mengubahnya.Setengah dugaan la.Membiarkan orang gelakkan aku dan bertepuk tangan apabila misi mereka berjaya.
Depan memang manis,belakang ada saja cerita buruk yang nak disampaikan.
Buat tak tahu je? Kalau boleh memang aku nak buat macam tu.Tak payah susah2 nak fikir.Tapi kalau dah mengacau hidup aku, orang tengok aku atas bawah boleh ke aku tahan.Anda boleh?

Kalau semua masalah yang direka sendiri oleh manusia boleh dilupakan macam tu ja,lepas tu buat2 bahagia, lepas tu buat dosa lagi, lepas tu lupakan lagi.Memang masalah ni takkan selesai la.Boleh je lupakan bepuluh kali.Tak ke rasa diri ni macam orang bodoh?macam boneka? dah dapat buang,bila nak guna ambil balik, lepas tu benci buang ja.What a dumber if we are like that?
Kalau boleh lupakan saja, tak payah nak buka balik cerita,macam mana dengan akhirat nanti?
Semua cerita dibuka.
"Barang yang lepas jangan dikenang"..
Tapi Allah mengambil kira barang yang lepas.Setiap tindakan kita.Setiap perkara.Walau sebesar zarah takkan terlepas.
Tak takut ke dengan Allah.Jangan pentingkan dunia.Semata-mata mahu orang menyanjung kita jangan rosakkan kehidupan orang lain.semta-mata mahukan dunia orang lain terpaksa sengsara.
Jika iman tiada dalam hati, jika sabar kerana Allah tak ditanam dalam hati,pasti perkara lebih buruk yang akan jadi.Aku tak nak kesuahan hidup aku dengan dosa seperti mereka.Aku tak mah membalas dendam.Tapi aku mahukan hak aku sebagai khalifah atas bumi ni.Hak aku untuk hidup aman tanpa sebarang gangguan.
Aku lebih takutkan Allah.....




aku bersabar kerana Allah.....

August 4, 2011

salam ramadhan

salam..

selamat berpuasa. Moga bulan ramadhan ni lebih baik dari ramadhan tahun lepas.^_^

July 9, 2011

The Right Time

salam...
don't ask me such question anymore.When it's come at the right time then i tell you.
it's not because i dont want it.
i want.
it just not the right time yet.
and not meet the right person yet.
 Allah has arranged everything.
and Let me focus with what i have.
dont look down on me.
i know you are much better than me.
even im not pretty like you, 
even i dont have anyone like you,
even i still dont have choice to choose,
at least i know what i want,
at least Allah protects my heart,
at least i dont have other things to think....
That's all
Thank You..

July 7, 2011

Nothing

salam..

actually, i dont have anything to say or any interesting thing to write..ececeh..speaking la pulok..hehehe..
k la..Betapa banyaknya masa terluang cik asi sampai cik asi jadi malas nak gerak.Duduk dalam rumah diam2 dan buat la keja rumah sikit2.

Eh..tak,tak..cik asi tak bosan.Cuma nak isi masa sekrang ni je..hehehe

Hurm..nak touch-up blog ni bagi cun pun cik asi malas.So???..

So..takat ni je la..hehehe
K..bubye..=P
p/s: tenet ni kaklong cik asi punye..so,mmg bole la on9..tp sehari skali je la..sb tggu giliran..heheh

July 4, 2011

meriah

salam...

alhamudlillah, syukur sgt2 cik asi selamat sampai rumah dekat kuala kedah.Yang bestnya cuti cik asi kali ni meriah sikit.Rasa hidup ni sempurna dan lengkap..hehehee...Semua ada dekat rumah.Ayah yang asalnya nak balik rumah dekat kola untuk dua hari akhirnya mengambil cuti 4 hari.Memang terbaik!!!.

Rasanya dah lama cik asi tak rasa meriah macam ni.Lebih kurang 3 tahun lebih.Lama kan??Nak rasa macam ni tunggu waktu raya.Tu pun masing2 sibuk.Nak layan tetamu,kerja rumah yang tak selesai dek ramai sangat orang dekat rumah.Macam2 plan dalam fikiran masing2.Tapi kali ni balik rumah masa yang ada sangat banyak.Luangkan untuk keluarga dan kawan2 insya-Allah..

So, cik asi harap ke'best'an cuti ni berkekalan sampai habis.Insya-Allah..

K la..Cik asi nak pegi makan.
Bubye(^_^)

July 1, 2011

going back

salam..
insya-Allah..cik asi BALIK!!!!woohooo..hehehe..ter-over la pulak...

ada lg brg yg x kemas..pack all the stuff...tggu ptg dlm pkul 5 bertolak..my train mlm..hurm..
rasanya nnt cik asi tak 0n9 sgt..sb kat rumah tak de tenet dan tak de tujuan pun nak on9.tgk tv lg best..hee~~

klu cik asi on9 tu mesti ade keja kena buat..cik asi ada modem tp x de tenet.Doakan cik asi selamat sampai..




k la..cik asi nak buat apa yg patut..disebabkan excited sgt cik asi jadi tak brape btol..hehe..bubye ^_^

a moment with them

salam...
alhamdulillah..ari ni exam dh settle.So, get ready for going back..yeay!!!!Cik asi and my roomate foreigner yg nak balik sri lanka sangatla sibuk mengemas bilik.Ok2...td kawan cik asi send gambar cik asi dengan budak2 rohingya(btol ke tak ejaannye).Teringatla saat cik asi dengan mereka2 ni.Kalau sekali tengok mmg tak ade apa2 perasaan pun. Tapi bila dekat dengan diorang baru tahu tentang diri diorang.

Waktu dunia mengatakan manusia sekarang bertamadun, berpendidikan, tapi masih lagi ada muslim kita yang tertindas.Susah cik asi nak cerita tapi bole la tgk kat blog ini. Memanglah pelarian tapi diorang ni saudara islam kita juga kan.Daripada kita biarkan diorang merempat dekat tempat kita apakata kita beri generasi muda ni pendidikan.Supaya bila besar nanti diorang boleh pulang ke tanah air diorang dan bela nasib sendri.So, tak de la budak2 ni besar nanti ikut jejak pelarian yg senior dari diorang.

Berikan diorang ni masa depan.Lagipun saudara seislam kita.Sedang kita sibuk nak membantu mangsa2 bencana atau sesiapa saja yang perlu diberi perhatian, masih ada lagi yang kita terlepas pandang.Budak2 ni baik orngnya.Kalau tak di didik sia-sia sajala.Besar nanti jadi orang tak baik(nauzubillah).

Ok2..tengok je la gambarnye....

ni bdk group cik asi.

diorang ni susah skit nak bergambar..^^

dan malu2 dgn cik asi and kawan

yang ni gmbr ntuk post yg lpas..Alah..yg pegi rumah orang asli tu..hehehe









meet cik afnan my roomate tp die bkn sri lanka die thailand..hehehe

..sy sgt2 suka gmbr ni(bukan cik asi yg amik)..hehee

serius yg ni pun cik asi suka sangat..1000 loves for this..heheh


ok.yg ni yg cik asi pegi sogo and time square after a week went to kampung org asli..Pegi buat survey asalnya.Sambil tu minum air la..hahaha


with my korean food


maskot ni gatal skit..aish..T_T

ok..now its time for me to say goodbye...dh lewat dah ni..k..bubye^^