November 17, 2012

I-Youth part 1

asslamualaikum...
hari ni 17 Nov 2012..Besday Aku!!!hehehe..Selamat Hari Ulang tahun yg ke-22 cik asi..wehee~~~ dh berumur aku.tp muka i still muda okeyy...huh, perasan btol aku ni..hehehe..k2..
 tujuan aku menaip untuk post kali ni aku nak citer pasal kem I-Youth yg aku join mggu lpas . Pada 9-11 nov bertempat di UIA.(skemanye aku ni).Ramai juga yang tanya aku kenapa aku join inspire balik. Kata tak nak join dah. Aku pun tak tahu kenapa la aku nak sangat join program ni. Bukan aku dah taubat ke tak nak pegi..hehehe..tapi kali ni kem I-youth ni mcm memanggil aku ajak aku pergi.Aku tak tahu kenapa. Jadi dengan niat Lillah hi ta'ala aku redah je. Aku jadi senior dlm kelab tu..chewwah..senior la sgt.So, ramaila junior2 yg baik hati and sweet aku kenal. Kawan-kawan aku yg batch dgn aku tersangatla hepi bila nampak muka aku ni dalam program tu.

Sekali lagi, dalam fikiran aku, kenapa aku nak jadi fasi dalam program ni? Aku pon tak faham kenapa aku ikut je hati aku ni. Rupanya semua ni ada hikmah. Sepanjang aku join mana2 program ni la kali pertama aku rasa sangat puas. Aku bole tersenyum walaupun penat.

Program I-youth adalah untuk budak2 yang kami kutip dekat bukit bintang.ceh, bukan kutip la.Before masuk buat kem fasa pertama kitorang adakan modus operandi di bukit bintang iaitu lima hari seblum kem I-Youth berlangsung. Kitorang pergi approach budak2 lepak ni dekat sana. Memang debar waktu first time gi sana. Dalam fikiran ni mcm2 dah fikir. Takut2 budak2 ni marah akak2 ngan abg2 ni sibuk hal diorang la. Takut diorang kata kitorang ni kerek la.Tak betul la..bla,bla,bla.. Mcm2 aku dh fikir buruknye. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan kami. Budak2 ni sangat friendly. Mula2 diorang segan ngan kitorang. Lama2 join venture skali dgn kitorang lpas tgk mcm best je kwn diorang yg lain join main game dgn ktorang. So, waktu tu promote la budak2 ni ajak dtg kem ni. Alhamdulillah walaupun banyak halangan dan kerenah kami terpaksa tempuhi untuk jayakan program ni seramai 31 budak paling coool join program ni.




hepi je kan muka.tapi dalam hati debar die..ish..hanya ALLAH je tau.




  
geng ni sangat cool



tada!!! secara overallnye..



ok..takat ni je la.ni baru part one okey. Nanti aku sambung lagi. Skarang ni nak kluar.nak pegi bli barang nak buat mask muka.sb muka dah gelap skit. Nak tahu apa jadi dekat kem tu. TUNGGU!!!! wahaha..

p/s: aku tahu bahasa aku berterabur and ade yg tak faham.InsyaAllah akan aku edit nanti2.aku dh lambat..salam ^^

October 17, 2012

citer tak berapa baru

ASSALAMUALAIKUM!!!

weeheee..lama gilerrrr tak update blog.bila buka balik and baca semua post aku..alahai, citer dulu2.tapi tak de la lama mana kan. Aku dah last year sem student. insya-Allah, sem depan is my last sem. Sem sekarang ni dah nak sampai midterm break dah and soon finish my second last sem. ^^

Sejak umur berganjak ke 21 and will be 22 soon, lots of things had happened. Apa yang aku perasan sekarang ni, aku banyak berfikir. It's all about my future.  Perkara yang berlaku banyak mengajar aku dan menjadikan aku lebih matang.Chewwah..^^...

Before masuk sem ni hati aku agak kiciwa la sikit. then, aku buat sesi soal hati dgn kenkawan aku and mak aku tentang ni. Pastu, aku semangat balik. Hidup macam mana pun tetap kena teruskan. Bila masuk je sem ni, tiba2 je rasa diri ni macam orang paling sibuk di dunia.hehehe.. lots of lots of lots assginments. Research paper la, book review la, bla bla bla and bla.

Second week of this sem, aku pegi kursus kahwin.jeng2..hahaha..eh,,jangan salah faham aku ni still single and available. Tujuan aku ke sana ialah alang2 aku ada masa terluang di hujung minggu why not pegi je. Pegi awal2 senang sikit. Nanti jumpa kahwin terus. tak payah dah fikir hal2 ni.hehehe

OKAY..this sem, aku tukar skin care product. banyak sebab aku tukar salah satunya susah nak cari. Balik kedah dulu baru jumpa. then,  aku ada la beli hydra make-up ni. Benda tu dah buat muka aku sangat berminyak dan JERAWAT kembali.Aduh, sekian lama jerawat aku tak de, ni naik balik. so, aku stop. Kurang la tapi still ade.

owh, and another dilemma, badan aku mengembang dengan gembira sekali. Aku dapat rasa ketidak selesa aku bila pakai seluar... T_T. Memang bagus la aku. Dah nak grade jadi macam ni. Mak dah pesan soh jaga badan dengan penampilan. Takut nanti2 org masuk meminang tak jadi sebab tgk budak badan gedabak ni.(heheh aku lawak je). mak aku just pesan badan dengan penampilan penting sb nt org tak jemu tgk kite. Pastu tak de la masalah lain2 yg berkaitan dengan saiz ni.

Okay, last paragraph, isu kahwin. eh, bukan aku kawin. Kan aku udah bilang.. Sekarang ni kawan2 aku ramai yang dh nak melangkah lagi setapak ke hadapan. aku tumpang gumbira dengan diorang2 semua. Alhamdulillah diorang dah jumpa lelaki yang tertulis di luh mahfuz. Korang kalau nak kahwin jangan lupa jemput aku tau. Aku excited klu dapat pegi rumah oranng kawin ni.Tambah2 akad nikah. aku akan tumpang terharu dan sebak bila tengok pengantin lelaki lafaz akad. hehehe..aku yang terlebih feeling lak kan.huhu..
k..dah,dah..aku kena tido.esok ada claz.nt2 aku sambung balik.^^

p/s: aku suka gi time akad nikah sebab nak amik berkat.Walaupun aku tahu aku punye turn lmbt lg tp aku tetap juga nak ambil keberkatan dekat situ. =P

February 5, 2012

RESULT and MISSION

aku lompat lebih krg macam ni bila aku happy..hehehe
assalamualaikum...
 alhamdulillah..the result is good and eventhough i am not get what i want. Less from what I expect. tapi tak pe  dah dapat macam tu aku bersyukur sangat dengan Allah. The result came from my effort for the last sem.  hasil daripada half all out and usaha separuh jalan. Sebab ape half way? Sebab dekat tgh2 jalan tu, salah satu subject aku, i got the worst from the worst. Aku tak pernah seteruk ni dalam hidup aku. Kawan2 aku yang lain semua happy sebab diorang dapat bagus. i tell u what...the  midterm question was soooo easy and i failed . lagi teruk i had missed my first quiz..free2 je hilang banyak markah dekat situ. Ape lagi meraung la....

i had thought to drop out that subject. tapi kan aku tak de duit nak bayar...RM 300 kot..Then, i decided to keep on no matter what. Aku tarik nafas dalam2 dan terus juga..Then, semua subject aku tereffect juga...aku malas nak study. Tapi tak de la malas teruk just dah kurang focus..

Sape tak risau kan as a student.Semua orang kejar untuk dapat result bagus. aku ingatkan aku gagal...tapi kuasa Allah lagi kuat..aku lulus..tapi tak de la dapat A sb carry marks sangat la sikit.Kalau dapat full marks in final pun mustahil nak dapat A(tapi kan klu aku perform bgs untuk carry marks, i might got A).Anyway...The result just fit with my effort.

MY NEXT MISSION....seems that the subjects i already added for my next sem are hard..Aku still nak buru for the better result.i know my limit...Tapi aku takkan putus asa..Biarla nak meraung macam mana pun nanti even lg teruk dari sem lepas. I hope i got what i want...^_^
i will miss him and my family again when i'am back to my campus..huhuhu

p/s: kawan aku igt aku happy sb result aku gempak..BUT result aku biasa je..aku happy sb aku tak fail subject yg dah mematah semangat aku tu...^_^

December 31, 2011

EXAM!!!!!

assalamualaikum...

exam!!!! final exam is back...

alhamdulillah dah setel satu paper..tinggal lagi empat paper...

tapi...tiket balik tak beli lagi..huhuhuh...nak balik....

selesai je final kali ni...sem depan aku dah THIRD YEAR...WHAT???

yup, dah 3rd year sem depan..insya-Allah...

tak lama aku bergelar wanita berkerjaya...chewwahh...

and hopefully next year is my year...(padahal esok 2012..hehehhe)

tahun ni, i had face so many things..annoying, happy, sad, angry....

and i hope i can smile happily...

December 9, 2011

Miss my family

assalamualaikum...
hari ada kerajinan sikit nak update blog yang dah ada sawang...aku tersangatlah malas nak update blog ni...
Hari ni aku tolong cik sumei jadi camerawoman untuk assignment leadershipnye...it was fun. n then, petang tu kitorang gi cycling satu UIA. Tapi sekejap je sebab nak hujan waktu tu...*sigh*..kan best dapat naik basikal lama2. Niat nak buat lawatan rasmi ke bangunan ICT baru yang nun dekat atas bukit tu. Tapi nak buat cane kan tak de rezki.Tengokla next week pula kalau ada kesempatan.

kite bergambar dulu sementara tunggu yang lain..


Last week, i were totally busy. Started from monday until thursday. BUT....i think this semester i am busy...Luckily, dah nak habis dah sem ni.Cant wait to go back....Tak sabar nak jumpa famili.Asal nampak muka diorang je, hati ni rasa sejuk.Every second that i have with them is my precious moment that i cant let go....

 they are the people who always create happiness for me


we always gone crazy when we are together ^_^

along, mak, me and najmi..^_^
see..i miss them very much!!!
tiba2 rasa sedih...Orang lain bole balik bila weekend but me..duduk dalam bilik senyap2 sambil tengok dinding. At that time, my mind will fly to my imagination. Kalaulah rumah dekat, memang aku tak duduk asrama dah.Kalaulah family aku tinggal sini tak de la hari2 berangan nak makan masakan mak...I miss my mak 's cook soooo much...Rindu bangat....Kalaula family aku dekat je dengan aku bole la main dengan najmi selalu..Kalau,kalau,kalau..semua kalau.Sabar syikin tinggal lagi berapa tahun je ko nak habis study...

Ni baru belajar dalam Malaysia...Dulu2 berangan la juga nak study luar negara. Tapi bila dah besar ni rasanye tak payah la.Belajar dekat UIA ni pun dah rasa macam tak betul bila jauh dari rumah walaupun jumpa 3 bulan sekali.Ni kan oversea memang hari2 berendam air mata la aku...Syukur Ya Allah, aku disini. Lindungila keluarga aku Ya Allah...

October 2, 2011

Yang Pergi Takkan Kembali

salam...


aku: assalamualaikum...mak tgh buat apa?
mak: waalaikumsalam..(diam)
aku: awat bising sgt kat blakang tu?
mak: cik zai dah tak dak..angah faham kan maksud mak
aku: innalillah...

tesentap hati aku bila terima berita ni.Walaupun arwah tiada tali persaudaraan dengan aku tapi arwah merupkan sahabat mak yang paling baik.Arwah dan keluarga merupakn jiran sebelah aku.Sebelah je rumah. Jika arwah ada masalah, dia tentu datang rumah mengadu dekat mak.Hari biasa arwah sibuk. Hujung minggu arwah akan cerita dekat mak.Mak terkelu lidah.sepanjang perbualan dengan mak tadi kami banyak terdiam.

Alhamdulillah anak2 arwah sangat kuat semangat.Arwah pergi bukan keseorangan tapi diteman anak yang dikandungnya.Ya, dia mengandung.Arwah mati syahid.Tak silap aku, dia pengsan dalam rumah minggu lepas dan terus koma.Siapa sangka orang yang ceria, sentiasa yakin dengan apa saja yang keluar dari mulutnya. Sangat teruja untuk menyambut anak lelaki pertama dalam keluraganya dijemput pulang ke alam yang kekal.

Waktu arwah declare mengandung, balik je dari kerja terus datang rumah aku. Nak jumpa mak.


"kak tah zai mengandung, zai nak kak tah mengasuh baby zai nanti"
"zai tak kira, apa2 pun kak tah kena jaga baby zai nanti. Zai tak harap orang lain"

Terngiang-ngiang suara arwah dekat telinga waktu arwah bersembang dengan mak.Mak pun sangat semangat bila tengok arwah sungguh2 nak mak jaga anak dia.Mak cakap, rezki keluarga dia, rezki kita juga.Arwah ada 3org anak perempuan.Kali ni, arwah mengandung anak lelaki.Tak sangka arwah pergi dulu.Meninggalkan suami dan anak2 yang masih lagi mahukan kasih sayang dia.Rasanya,setengah dari hidup keluarga arwah turut pergi.

Arwah ada mengadu dekat mak,dia tak lalu nak makan.Waktu tu, mak tengah masak kari ikan.Mak ajak makan sekali.Mak cakap mungkin baby dalam perut nak makan makanan bukan dari rumah kot.Sambil berceloteh.Sedang mak memasak untuk kami makan, arwah duduk atas kerusi dekat dapur.Aku tak ada la ambil kisah sangat apa yang mak dengan arwah sembang.Hal orang tua2.

Apa yang ada disisi kita pasti akan terpisah juga.Apa yang datang pasti akan pergi juga.Menitis air mata bila membaca status fb anak bongsu arwah yang masih lagi sekolah rendah.Allah lebih sayangkan dia.Dan kita??? Satu hari nanti, giliran kita pula untuk terima jemputan dari Allah.

Mari kita sedekahkan al-fatihah untuk dia~al-Fatihah~

August 27, 2011

HoSpItaL

assalamualaikum...
hurm..tinggal lagi 2 hari kita nak sambut raya dan meninggalkan ramadhan.Seriously, this ramadhan banyak benda yang aku and my family have been through. Masih lagi melaluinya dengan sabar dan redha.
Semalam, kakak aku masuk wad.So, i have to accompany her.she having tonsil and high fever.Rasa sedih sangat. Ye la, mak aku dekat rumah kena jaga mak tok yang separuh lumpuh, adik najmi lagi.Plus, masalah yang macam2 lagi yang tak boleh nak sebut kat sini sebab ni isu sensitif.Orang perempuan dalam rumah aku 3 orang ja.Mak,kak long dan aku.
Rasanya preparation untuk raya tahun ni tak de la sangat.Sebab kitorang kena handle masalah ni dulu.Aku harap puasa aku tahun ni mendapat keberkatan.Amin.^_^

Aku nak kongsi sikit, pasal kak long aku.Macam ni, semalam kak long nak mandi.So, aku pergi dekat kaunter cakap kat nurse tolong cabut paip air dekat tangan kak long aku sebab dia nak mandi.Then, sorang nurse ni cakap ok dia nak buat.Pastu, sorang lagi nurse ni cakap pegi je mandi bawa air tu skali masuk dalam bilik air.Aku tanya tak pe ke?Tak susah ke.
Then, she replied."Tak daklah senang ja.Bawak tiang tu skali masuk bilir air"...hurm..
aku pun pergi la dekat kak long aku cakap kat dia boleh ja bawa air yang cucuk kat tangan dia tu pegi mandi.Bawa skali tiang yang gantung air tu.
So, my kak long went in.Lama juga la kak long aku mandi.

Tiba2 lampu kat tengah2 wad menyala.So, aku fikir tu mesti lampu untuk nurse tu.Maybe a doctor call the nurse for emergency.MAYBE.....
Mak cik kat depan katil kak long aku tegur aku. Kenapa kak long aku lama sangat dalam shower.aku jawabla, dia memang macma tu.
lepas 15 minit, sorang pak cik ni marah2 aku.Dia cakap tu lampu untuk emergency dekat shower.So, aku terkejut dan terus lari masuk shower.Tau apa aku nampak?Ish..jangan fikir lebih2.
Aku nampak kak long aku menangis.Dia tunjuk kat aku jarum air yang cucuk kat tangan dia tercabut.Darah kat tangan dia banyak.Kat lantai tak payah la nak cakap.Memang bayak sebab campur dengan air sekali.
Aku terus pergi dekat nurse.Tapi kali ni orang lain(Tukar shift kot).Tau apa nurse tu buat.Dia marah aku!!Dia cakap tak panggil diorang untuk cabut air tu.Bengang gila aku dengar.Aku terang la dekat nurse panjang lebar.Pastu dia diam.Pastu dia kata balik, kenapa aku biarkan kak long aku sorang2.Ler, takkan aku nak tengok kak long aku mandi kot.
Waktu tu, aku dah nak kaunseling dah dekat nurse tu.Aku nak marah diorang, macam mana diorang boleh tak perasan lampu emergency.Dah la lampu tu dekat dengan diorang je.Waktu tu diorang sembang pasal raya la, pasal nak buat apa la.Macam mana aku tau?Kerana katil kak long aku dekat je dengan kaunter.
Tapi tak jadi kaunseling pon, sebab kak long cakap jangan, aku ni puasa. Nasib baik kak long ingatkan aku.Kalau tak hilang puasa aku.
Aku harap kakak aku dok sekejap je dekat wad ni.At least, raya eve.Sebab aku tak nak raya kat sini.Aku nak balik rumah.Boring owh.Badan aku pun sakit2 sebab tidur atas kerusi.Katil kosong sebelah akak aku tak boleh tumpang tidur, sebab ada sorang misi ni tak bagi.
So, this is the end.Nanti kalau ada masa free aku kongsi lagi cerita.
K.Salam..^_^

p/s: ada la sorang nurse ni baik je,suka senyum.Yang lain serius.Yang lagi sorang ni(misi yg tak bg aku tido ats katil)., marah2 aku sebab aku guna letrik hospital charge laptop..Aish..mentang-mentangla ni wad kelas 3.Aku tengok wad kelas 1 dan 2 nurse semua baik2.(dulu sedara aku pernah masuk hospital-dia org kaya la)...
Buat la keja dengan ikhlas..T_T