June 28, 2011

Tired

salam..
td pagi exam UNGS 2050.ok la.tp cikasi letih..Habis je claz cik asi pegi jumpa madam.Asalnya nak tanya pasal CAM tapi drag la pulak sampai zohor.Sembang mcm2.Yg bestnya my madam ni sgt sporting.Macam kitorang juga la, make jokes, ckp pasal isu2 semasa and many things.

Balik je dah rasa letih.Tanpa membuang masa cik asi terus tidur..hehehe.Just now, cik asi berjalan-jalan dalam blog orang.After this cik asi nak study pula.Next paper, this thursday.ICTM 1031-Internet Application.Subject ni la yang buat cik asi tak duduk diam.Keja asyik usik notepad nak buat website.Sem ni ekonomi diabaikan dulu kite meluangkan masa dengan course lain..heheh..btw.This is my our website.Hehehe..namanye seleramelayu.
Walaupun tak sehebat website lain alhamdulillah cik asi dan kenkawan bole juga buat.Kata budak econs mana la reti bab2 ICT nih..hehehe

K la  i have to study...bubye.^_^

June 27, 2011

The End of Short Semester.

salam..
finally, the most waiting moment like in every sem has arrived. Tomorrow i hv ungs final paper.Doakan la ye..i'm not relax.just nak cari mood ntuk study..hee~~~

In this two months, many things hv happened in my life. Problems, changes and some sort of thing yang cik asi kena tarbiah diri sekejap. Ada juga perkara yang cik asi kena lepaskan. The dream that never be mine.(sometimes i really hope its mine) T_T. Tapi tak pe Allah is there.He had arrange averything for me.

Macam biasa every sem my mom will ask me the same question.

Mak: Angah dah jumpa ka?
Asi: Jumpa apa mak?(buat2 tak faham)
Mak: Alah..jodoh?
Asi: Err....Tak lagi la..
and the conversation continued......



And now its about one week more to end my short sem. Lepas tu balik dan duduk dalam rumah diam2 selama 2 bulan.hehehe..Tak boring pun sebab cik asi ada orang2 yang jadi drama dalam hidup cik asi.Mak yang cool, along yg ska control(sori along), awang yg bt the whole family crazy, syafiq yg relax and najmi yg Comel..hehehe..and ayah yg dok kat langkawi sorang2.Kesian ayah tiap2 miggu kena ulang-alik dari lgkw ke kedah....Tak sabar nak BALIK!!!!!..hehehe



ni la najmi yg comel..hehehe^^.He's 6 yrs old not 9..hu~~


okay, cik asi kena study.Bubye.(^_^)..

June 18, 2011

Tolong doakan dia

salam..
kali ni cik asi nak feeling2 sikit. Memandangkan blog cik asi ni tak de sape yg view or tak ramai bagusla untuk cik asi nak luah sikit tapi guna bahsa kiasan la.

Pernahkan anda terfikir or rasa cane iman kurang? Macam mana ea?Mesti la korang (padahal tak de pun) pening kepala. Apala yang cik asi nak cakap kan ni.hehehe..Mari kita mulakan baca luahan isi hati cik asi ni.

Cik asi kenal seorang hamba Allah sejak cik asi lahir lagi. Besarnya Kebesaran Allah sebab hadiahkan dia untuk cik asi. Mula-mula cik asi kenal dia, cik asi takut. Muka dia sangat garang. Bila cik asi berdepan dengan dia cik asi akan diam.Cik asi tak cakap sepatah pun.

Bila cik asi dah masuk sekolah rendah cik asi masih takut dekat dia tapi dah boleh bersembangla. Waktu Allah mula memberi cik asi akal, cik asi nampak hamba Allah ni perangai dia buruk. Banyak sifat mahmuzah dari mahmudah. Tapi dia ni sangat bertanggungjawab.

alhamdulillah, bila cik asi dah masuk sekolah menengah perangai dia berubah sikit. Lebih kurang 60%. Cik asi bersyukur sangat. Namun sedikit perangai buruknya yang memang dah sebati dalam diri tak dapat nak buang. Owh cik asi lupa, yang dia ni solat dan tahu juga la hukum hakam agama. Dia selalu nasihatkan cik asi supaya jadi perempuan baik, anak yang solehah dan jaga maruah keluarga.Tapi ada banyak lagi kata2 dan nasihat dia cik asi pegang sampai sekarang.



Alhamdulillah, disebabkan dia cik asi pegang sampai sekarang. Walaupun cik asi hidup atas bumi Allah ni baru 20 tahun tapi cik asi dah tempuhi banyak halangan.Cik asi pernah kena fitnah, dipulaukan kawan2, kawan sekolah cik asi ada ygtak nak kawan dengan cik asi sebab katanya cik asi tak cantik(hitam dan berjerawat),kena hinala(yala tak kaya) dan macam2 la.Kenapa tak caye? tak pe terpulang pada anda. Ni baru sikt banyak lagi yang cikasi kena tempuh.

Tapi cik asi yakin dengan Allah, cik asi pegang kata2 dia..Alhamdulillah Allah sentiasa lindung cik asi sampai sekarang.Ok sambung balik. Bila cik asi umur 15 tahun macam tu, cik asi perasan yang cik asi ni sayang sangat dengan dia.Cik asi nampak kasih sayang dia disebalik wajah yang unfriendly tu..hehehe

Bila cik asi dah masuk matrikulasi UIA, cik asi terus nampak perubahan dia.Sayang cik asi makin banyak.Dia adalah orang yang cik asi akan balas jasanya andai roh dalam jasad ni tak lagi say goodbye dan hye to my kubur...

UNFORTUNATELY,sekarang cik asi dah nampak perubahan BESAR dalam hidup dia.Bukan yang baik tapi semakin parah.Selepas dia bekerja dengan seorang Dato' yang suka bersosial ni.Dia sudah banyak sangat berubah semua orang.Cakap berbelit-belit.Apa yang cik asi nampak dia sukakan dunia. Ya dunia sementara ni. Iman dalam hatinya cik asi nampak semakin kurang(sape la kita nak ukur iman org but yeah kta still bole nampak), dia tinggal solat, Cepat marah bila ditanya, dan dah kurang bertanggungjawab.

Ya Allah, cik asi semakin jauh darinya.Jauh sangat.Cik asi rindukan diri dia yang dulu. Walaupun dia suka marah2 tapi kesabaran dia ada disitu. Cik asi rindu saat2 dia melihat muka cik asi. Bangga melihat cik asi dapat pijakkan kaki ke universiti. Cik asi rindu bila dia menjadi imam apabila kami berkumpul dan solat berjemaah. Cik asi rindu bila dia bagi nasihat dekat cik asi.Muka sangat serius. Cik asi rindu semua perkara pasal dia.Cik asi rindukan dia.

Bila iman seorang muslim semakin berkurang,Allah semakin dilupakan, solat akan ditinggalkan, dosa yang dilakukan nampak cantik,hati semakin hitam dan menjadi semakin PEKAK dan BUTA.Pekak apabila bisikan syaitan diikut, buta apabila dosa yang dia lihat tu cantik. Hilang perasaan rasa bersalah. Akal tak dapat membezakan pahala dan dosa.Hati rosak bila sudah sayangkan dunia.

Sesiapa saja yang membaca entry cik asi. Cik asi mohon tolong doakan dia. Hamba Allah ni.Doakan agar dia tidak tersesat jauh,doa agar dia kembali sedar,doa agar dia bertaubat.Dia tidak lagi masuk ke lembah hina. Dia masih lagi boleh diselamatkan cuma cik asi jauh dari dia.Cik asi tak mampu.Cik asi dengar dia mula membiasakn diri dengan keadaan dia sekarang.Cik asi harap dia berhenti kerja di tempat situ.Walaupun rezekinya halal tapi persekitarannya membahayakan. Better kerja tempat lain tapi sekarang agak susah nak tukar kerja.

Doakan untuk sedara islam kita yang lain juga.Itu ja  yang cik asi mampu...T_T
p/s:Ini untuk kita juga. Peringatan untuk cik asi, kamu,kamu dan kamu. Tak perlulah tahu siapa dia. Perempuan atau lelaki tu tak penting. Tapi dia mempunyai pertalian darah dengan cik asi. The one i respect the most after my parent.

June 6, 2011

cute baby

salam...
aww...soooo cute. i love babies.akak nak picit pipi skit....hehehe








alolo..keciannye....T_T





look at his eyes...




caringnye akak die...

Bayi ibarat kain putih yang bersih lagi suci. Ibu bapa yang memainkan peranan untuk mencorak mereka. Memang comel budak kecil ni tapi kalau salah didik dah tak comel bila besar nanti.Tengokla remaja sekarang, tak cantik kain yang dilukis. Tak kirala open-minded macam mana pun, mengikut arus permodenan sekarang pun, mengejar pendidikan sekular demi masa depan pun, budak2 ni perlu diberikan didikan agama yang cukup. Agar tak terus hanyut dalam dunia dan lupakn yang akhirat ialah tempat kita kekal selamanya lepas mati.

So, renung-renungkanlah,.. Ni untuk cik asi juga demi masa depan (walaupun cik asi blom jumpa  mr. right lg..hehehe).K.. bubyhe.. ^_^



June 4, 2011

My Last weekend...

salam semua...^^
penatnye hari ni. Siang tadi cik asi pegi sogo and then i went to time square. Memang nak tercabut kaki la.Cik asi tak pergi sorang2, cik asi pergi sekali dengan kawan cik asi lagi dua orang tapi time balik srang2 la.Sebab yg dua org ni nak balik rumah. Rumah dekat la katakan. Yang cik asi rumahnye jauh.

K2..cik asi nak la kongsi2 sikit cerita tentang last week cik asi.Cerita outing ni nant2 je la ye. Mari kite mulakan...ehem2...

Last week, cik asi pegi rumah orang asli dekat hulu selangor. Tak de la jauh sangat dari kampus cik asi ni. Ni la pengalaman pertama cik asi pergi rumah orang asli.Cik asi ajak sekali roomate cik asi. Dia pun nak juga rasa cane la pegi rumah orang asli ni. Dalam perjalanan tu dia asyik tanya je dah sampai ke belum. Dia yang excited lebih dari cik asi...hehehe

Sampai saje kat sana, cik asi tengok kampungnye tak de la nampak macam kampung orang asli yang cik asi tengok dalam gambar. Maklumlah orang asli moden katakan  tapi yang bestnya kita  masih lagi bole tengok suasana kampung masa kita kecil2 dulu. Ye la kampung sekarang pun dah tak macam kampung.Semua dah maju. Dari kayu ke batu, dari tanah ke jalan tar, dari hutan ke perumahan dan banyak lagi la yang dah berubah...

Mula-mula cik asi rasa la juga takutnya nak tegur orang kampung. Takut2 tersilap cakap lain ceritanya.(Waktu final touch tu ade brader ni cakap hati2 bila berkata2)..Bila turun je dari bas, kanak2 riang orang asli ni datang dekat kitorang. Tolongla angkat barang lagi waktu naik bukit.Rajinkan diorang bukan macam budak2 kite ni tau dok dalam rumah main game...

Sampai je kat surau tu cik asi try 'approach' kanak2 riang orang asli ni. Just say hye, diorang trus dtg kat cik asi.(peramah diorang ni) Ape lagi cik asi,tanpa berlengah dan segan silu cik asi terus main dengan diorang. Disebabkan cik asi under multimedia, so banyakla masa cik asi ni diluangkan dengan budak2 sambil menjadi camerawoman dan gambar cik asi ade brapa keping je. Faham2 je la kan kalau anda masuk biro multimedia..hihihi..

Alhamdulillah selama 2 hari semua aktiviti berjalan dengan jayanya. I have a lot of fun. Ye la bole main dengan budak2, kalau cik asi dalam katering mau nangis cik asi nak main dengan kanak2 riang orang asli ni..hehehe..

Walaupun letih cik asi rasa sangat happy.Terima kasih cik afiqah and anis yang mengajak cik asi join program, selama ni korang ajak baru kali ni cik asi pergi. ok..korang tengokla gambar dekat bwh ni ye..hehehe

 yg bestnye budak2 ni ska sgt senyum bla tgk camera ^_^

best giler pemandangan kat sini...^^
(abaikan cik asi dekat depan tu)
i love to play with them =)


nt cik asi tambah lg ye gambar...cz wireless kat kampus ni x kuat la.ape2 pun program ni BEST!!!!!
p/s: post ni dah siap menaip hari khamis lepas tp baru skarang bole post..