February 17, 2013

Masa

assalamualaikum..
cepat kan masa berlalu..sedar tak sedar muka ni dah ada tanda penuaan dah.hehe..Memang kelam kabut survey barang anti penuaan. Kali ni aku bukan nak kongsi pasal barang tapi nak cakap masa cepat sangat berlalu.Yang dahulunya kita tertanya-tanya tentang masa depan kita, hari esok kita,sebenarnya kita dah melepasinya ataupun semakin hampir.Faham? Tak faham ke?? k, contohnye, waktu sekolah dulu, pernah tak korang tertanya-tanya ape akan jadi dengan diri korang lepas habis SPM.Tak kira la expect dapat masuk Universiti ke kerja terus.if korang pernah fikir, sekarang korang di masa depan tu(bagi yg dh habis spm la).Then, persoalan datang lagi, ape yang akan jadi dengan kite bila dh habis belajar. Tambah2 dengan umur yang dh masuk 20-an ni.

Sekali lagi, aku terfikir.Macam mana la aku nanti bila dah habis belajar. Jadi graduan universiti. Bawa sijil ke sana sini untuk cari keja yang layak dengan tahap pelajaran aku. Aku terfikir  juga, macam mana aku nak menghadap kerja yang bertimbun-timbun, kemungkinan besar cuti hanyalah sahari seminggu. Tak de dah cuti panjang macam seminggu. Dah tak de dah perkataan rehat panjang.

Aku pun dah tak lama nak habis belajar. Insya-Allah bulan 6 ni. Tak sangka, dari awal jejak kaki masuk matrikulasi UIA dekat Nilai dulu, rupanya diri ni dah nak hbs belajar untuk segulung ijazah tahun ni. Dulu aku tinggalkan sekolah aku dengan tak sabar nak tengok dunia. Sekarang dan tak lama lagi aku akan tinggalkan universiti dengan berat hati dan teruskan hidup macam org lain.Ada kerja sendiri, tanggungan bukan atas mak dan ayah aku lagi. Tapi aku sendiri.

Perasaan tinggal sekolah dengan tinggalkan universiti ni lain. Dulu waktu awal tahun masuk tingkatan 5. Aku rasa happy pastu rasa tak sabar nak habis sekolah. Waktu tu, aku yang sangat pemalas jadi rajin tetiba,Sebab nak score SPM. Taget aku dulu nak masuk uitmje. Waktu tu cakap dalam diri, masuk uitm pun jadila sebab diri aku ni bukan pandai mana pun. Alhamdulillah rezki yg aku tak sangka Allah bg, Aku dapat uia.

Perasaan sekarang lain, hati aku berdebar bila fikir aku dh nak habis. Rasa berat hati. Sekarang ni, setiap moment dalam universiti ni aku simpan elok2 dalam fikiran aku. Sebab aku yakin, lepas ni aku dah tak dapat rasa macam ni dah. Bila aku sedih, masjid tempat aku bertandang, bila aku bosan lepak2 dekat kampus pun jadi la. Bila aku lemah semangat, kawan2 aku la yg beri nasihat dekat aku.Mungkin sebab aku tinggal dan belajar dekat sini kot. Kalau sekolah dulu, rumah aku dekat je. Ikut jalan short cut 5 minit je dah sampai.

Hurm..tiba2 rasa sedih kan. Mood sem ni berubah-ubah. Kejap ok kejap tak.

k.bye guys. ^^

February 13, 2013

Hobby

assalamualaikum..
according to my last post, aku ada ckp sikit pasal buku aku tu kan.Now, I wanna share skit pasal aktiviti masa lapang aku. Sebenarnye aku ni tak suka baca buku sangat. Especially novel. Novel melayu selalunye cerita tentang cinta. Waktu aku kaki novel dulu2, aku suka baca. U know what, time remaja waktu tu umur aku dlm 12 tahun aku sgt suka. Its all about love. Memang time baca tu fikiran aku melayang dan terbang tinggi2. Dalam hati ni cakap betapa indahnye cinta.hahaha..Bak kata awi Ini Semua Poyo..haha..waktu tu la.Tapi aku rasa sengal pun ada la bila fikir balik.

Then, till my age reach 15, baru aku sedar yang sebenarnye jalan cerita novel yg aku baca selama ni lebih kurang sama je.Ade hero and heroin. Ada org ketiga or keempat. Orang ketiga akan buat onak dlm hubungan cinta diorang. Ataupun hero or heroin sakit. Then, simpan rahsia risaukan pasangannye derita. Ataupun cinta tak direstui oleh family. Ataupun one of them poor or not meet their family taste. Ataupun..aish..bla,bla,bla,bla..so cliche. Itu semua pasal soal hati. Banyak2 citer aku suka yg citer pasal cinta lepas kahwin. Tak kira la kahwin kena paksa ke or ape2 je la. Macam vanila coklat.hehehe

Lepas je sedardari dunia awanan ni, aku stop baca novel. Kalau kawan aku recommend pun aku akan baca first topic,then last topic. Then, done. I know the story. Its happy ending. The hero and heroine live happily ever after. Ataupun sad ending which one of them died. Memang nampak sangat la aku ni tak suka membaca kan.

My hobby waktu sekolah dulu ialah menonton tv. Sangat suka menonton tv. It may seems bad from people view. Tapi bagi aku it gives me lot of benefit. Tak caya ke, dari tv la aku tahu pasal dunia, pasal mentadak betina makan mentadak jantan lepas mengawan, pasal turki rupanya negara islam sekular(aku tak tahu cane sekular bole jd islam) yg cuba nak jadi sebahagian negara Eropah dan sebagainye.Banyak ilmu tapi kena tahu la mana yg baik atau tak. Then, sampai sekarang aku ska tengok tv. Bila aku balik je tv dekat rumah tu aku punya.Wahaha.Satu family kena sabar dengan aku.Aku akan bagi alasan dah lama tak tengok.Channel yg aku suka ialah TLC, AFC,Diva, AXN and of course KBS.Tv tempatan aku suka rancangan Ustaz Don.Very interesting. Sebenarnye la kan tv korea ni tak de best mana sgt.Banyak dokumentari. Aku suka citer the Road of Hope.Best wei. Nangis giler aku. Its about the poor people in other world. If korang tengok citer ni meruntun jiwa.Bukan citer sebenarnye. Pasal artis korea pergi lawat tempat org miskin. Banyak benda kita kena bersyukur sebenarnye.

Then, masuk uia aku tak bole tgk tv sgt. So, aku try start membaca balik.Tapi bukan malay novel, aku try english novel. Once again boring.Kalau pasal cinta ni jalan cerita lebih kurang sama. So, aku cuba buku ilmiah lak. Ade yang best, tapi ade juga yang tak best. Tak bole nak masuk. So, aku stop. Nampaknye writer of the book tak berjaya  tarik minat aku membaca.

Ok, aku tulis panjang2 ni aku nak cakap. Banyak2 buku hanya dua buku je yang berjaya buat aku asyik nak berkepit dgn buku ni sampai aku habis baca. Which are 'Secangkir Teh Pengubat Letih' and "A place called here'. Congratulaions to their writer.hahaha..tepuk tangan semua.^^. Buku diorang je la aku suka baca. Tak bermaksud hobi aku sudah bertukar ye puan2. Habis je baca buku warna hitam ni, aku nak try writer yang sama tapi lain topki. My friend said all her books are fun to read. 

Memandangkan baucer aku tinggal lagi 150 hinggit. I think i know what to do.weheee~~

K.bye guys.^^


February 12, 2013

Late Night!!

assalamualaikum..
Lepas usha blog kenkawan, tiba-tiba nak juga letak satu post dekat blog sendiri. Sempena tahun baru cina, aku menetap je dalam bilik aku dkt mahallah ni. Nasib baik la ada roomate juga yg tak balik. So, takde la mati kebosanan dekat sini. Lagi best, internet UIA dah upgrade woi!! laju giler pg2 tgk movie. hahaha.. ni nak puji UIA melambung tinggi ni. DAh nak habis belajar baru la dapat merasa internet dekat bilik ni. Lagi satu, tak de sape sgt dekat blok aku.So, memang heaven la bila bab2 buka youtube ni.

Sepanjang cuti 5 hari, aku keluar sekali je. Tu pun sebab nak beli buku. Pegi cari sampai midvalley, sekali buku tu dah habis. So, berpatah la balik naik LRT pegi KLCC. Pegi Kinokuniya dekat situ. Buku tu ada, tp publisher lain. Mahal pula tu. Aish, tak sanggup teman nak membelinye.So, berbekalkan baucer yg aku dapat aku beli buku lain. Rasa rugi la pula kan kalau tak beli ape2. Lagi pun kinokuniya tu bukan la mahal sgt. MPH dekat mid lg mahal. Berdasarkan survey yg aku buat. hehehe...

Then, I end up beli novel english satu, komik lawak kampus satu and last but not least pen warna2 satu set. Cukup RM50 hengget baucar yg aku guna. Tapi kan, banyak songeh la bila nak guna baucar. Banyak sangat rules. Ada limit nak beli barang diorang ni. Bila aku fikir balik, ape yang ruginya. Untung diorang juga, Yang nak letak limit tu kenapa. Kan dah seksa student la pula. Asalnye, aku tak hingin pun nak beli komik tu, then disebabkan aku hanya bole spend stationary maksimum 20% from baucer 50 hengget tu. Jadi aku memaksa diri aku amik juga komik ni. Aku bole spend stationary 10 hengget je tau.

Asalnye aku dh ambil majalah Gen-Q instead of komik tu. Then, cashier tu cakap majalah is consider as stationary. Dah aku pening kepala.Pastu, terpaksala amik komik tu. Tak worth it you know. Membazir je beli komik tu. Habis baca aku bole buat ape. Lagi best dalam masa sejam setel komik tu aku baca.hurm...

Rasanye dh lama tak keluar jalan. Walaupun keluar niat nak beli buku, at least aku dpt tgk dunia luar. Tak dela bosan sgt kan aku ni. Tapi bila dh sampai bilik, rasa macam nak tercabut kaki ni. Sakit giler kaki aku. Nampak sgt dh lama tak keluar jalan2.huhu..

Ok, memandangkan malam dh semakin jauh.I have to sleep.Bye2 guys. ^^

This book yg aku beli.Best juga.^^ (pic source: google)