June 18, 2011

Tolong doakan dia

salam..
kali ni cik asi nak feeling2 sikit. Memandangkan blog cik asi ni tak de sape yg view or tak ramai bagusla untuk cik asi nak luah sikit tapi guna bahsa kiasan la.

Pernahkan anda terfikir or rasa cane iman kurang? Macam mana ea?Mesti la korang (padahal tak de pun) pening kepala. Apala yang cik asi nak cakap kan ni.hehehe..Mari kita mulakan baca luahan isi hati cik asi ni.

Cik asi kenal seorang hamba Allah sejak cik asi lahir lagi. Besarnya Kebesaran Allah sebab hadiahkan dia untuk cik asi. Mula-mula cik asi kenal dia, cik asi takut. Muka dia sangat garang. Bila cik asi berdepan dengan dia cik asi akan diam.Cik asi tak cakap sepatah pun.

Bila cik asi dah masuk sekolah rendah cik asi masih takut dekat dia tapi dah boleh bersembangla. Waktu Allah mula memberi cik asi akal, cik asi nampak hamba Allah ni perangai dia buruk. Banyak sifat mahmuzah dari mahmudah. Tapi dia ni sangat bertanggungjawab.

alhamdulillah, bila cik asi dah masuk sekolah menengah perangai dia berubah sikit. Lebih kurang 60%. Cik asi bersyukur sangat. Namun sedikit perangai buruknya yang memang dah sebati dalam diri tak dapat nak buang. Owh cik asi lupa, yang dia ni solat dan tahu juga la hukum hakam agama. Dia selalu nasihatkan cik asi supaya jadi perempuan baik, anak yang solehah dan jaga maruah keluarga.Tapi ada banyak lagi kata2 dan nasihat dia cik asi pegang sampai sekarang.



Alhamdulillah, disebabkan dia cik asi pegang sampai sekarang. Walaupun cik asi hidup atas bumi Allah ni baru 20 tahun tapi cik asi dah tempuhi banyak halangan.Cik asi pernah kena fitnah, dipulaukan kawan2, kawan sekolah cik asi ada ygtak nak kawan dengan cik asi sebab katanya cik asi tak cantik(hitam dan berjerawat),kena hinala(yala tak kaya) dan macam2 la.Kenapa tak caye? tak pe terpulang pada anda. Ni baru sikt banyak lagi yang cikasi kena tempuh.

Tapi cik asi yakin dengan Allah, cik asi pegang kata2 dia..Alhamdulillah Allah sentiasa lindung cik asi sampai sekarang.Ok sambung balik. Bila cik asi umur 15 tahun macam tu, cik asi perasan yang cik asi ni sayang sangat dengan dia.Cik asi nampak kasih sayang dia disebalik wajah yang unfriendly tu..hehehe

Bila cik asi dah masuk matrikulasi UIA, cik asi terus nampak perubahan dia.Sayang cik asi makin banyak.Dia adalah orang yang cik asi akan balas jasanya andai roh dalam jasad ni tak lagi say goodbye dan hye to my kubur...

UNFORTUNATELY,sekarang cik asi dah nampak perubahan BESAR dalam hidup dia.Bukan yang baik tapi semakin parah.Selepas dia bekerja dengan seorang Dato' yang suka bersosial ni.Dia sudah banyak sangat berubah semua orang.Cakap berbelit-belit.Apa yang cik asi nampak dia sukakan dunia. Ya dunia sementara ni. Iman dalam hatinya cik asi nampak semakin kurang(sape la kita nak ukur iman org but yeah kta still bole nampak), dia tinggal solat, Cepat marah bila ditanya, dan dah kurang bertanggungjawab.

Ya Allah, cik asi semakin jauh darinya.Jauh sangat.Cik asi rindukan diri dia yang dulu. Walaupun dia suka marah2 tapi kesabaran dia ada disitu. Cik asi rindu saat2 dia melihat muka cik asi. Bangga melihat cik asi dapat pijakkan kaki ke universiti. Cik asi rindu bila dia menjadi imam apabila kami berkumpul dan solat berjemaah. Cik asi rindu bila dia bagi nasihat dekat cik asi.Muka sangat serius. Cik asi rindu semua perkara pasal dia.Cik asi rindukan dia.

Bila iman seorang muslim semakin berkurang,Allah semakin dilupakan, solat akan ditinggalkan, dosa yang dilakukan nampak cantik,hati semakin hitam dan menjadi semakin PEKAK dan BUTA.Pekak apabila bisikan syaitan diikut, buta apabila dosa yang dia lihat tu cantik. Hilang perasaan rasa bersalah. Akal tak dapat membezakan pahala dan dosa.Hati rosak bila sudah sayangkan dunia.

Sesiapa saja yang membaca entry cik asi. Cik asi mohon tolong doakan dia. Hamba Allah ni.Doakan agar dia tidak tersesat jauh,doa agar dia kembali sedar,doa agar dia bertaubat.Dia tidak lagi masuk ke lembah hina. Dia masih lagi boleh diselamatkan cuma cik asi jauh dari dia.Cik asi tak mampu.Cik asi dengar dia mula membiasakn diri dengan keadaan dia sekarang.Cik asi harap dia berhenti kerja di tempat situ.Walaupun rezekinya halal tapi persekitarannya membahayakan. Better kerja tempat lain tapi sekarang agak susah nak tukar kerja.

Doakan untuk sedara islam kita yang lain juga.Itu ja  yang cik asi mampu...T_T
p/s:Ini untuk kita juga. Peringatan untuk cik asi, kamu,kamu dan kamu. Tak perlulah tahu siapa dia. Perempuan atau lelaki tu tak penting. Tapi dia mempunyai pertalian darah dengan cik asi. The one i respect the most after my parent.

No comments: