June 24, 2013

MEMORY 2

assalamualaikum...
now, another memories 




I-Youth camp (miss the kids)



orang yg tudung hitam tu tak lama dah nak kawin.hehehe







its randomly choose by me. Every pic has its own meaning.Sakit ke, happy, suka atau benci, atau apa jua jenis memori yang ada,Ia sebenarnya kenangan dan dah pun berlaku.
till then.. ^^

June 23, 2013

MEMORY 1

assalamualaikum...

apa khabar kamu-kamu yang sudi baca blog i nih??
=P
let's talk about memory. Life is just short and we never know when our journey will end kan. Only Allah knows.

Tengah survey keja through online ni kebetulan terbuka gambar dalam folder UIAM. Then, all memories come back. Kadang-kadang kita lupa tentang memori lalu. Bukan sengaja dilupakan tapi dek kerana kita akan sentiasa mencipta memori yang baru. Yang lama kita simpan rapi dalam fikiran. Tapi memori lama akan terselit atau muncul balik walau seketika. Waktu tulah kita akan tersenyum sendiri. Kita sedar betapa masa cepat berlalu. Dan kadang kita harap masa berputar balik ke masa lampau. Itu yang aku fikir lah. 

Life must go on kan. Hidup sentiasa berubah seperti umur kita juga. Sentiasa berubah,Tidak akan tetap sama macam dulu. Allah atur hidup kita dengan pelbagai warna.oh..yes, i miss UIAM. Rindu weh.

Now, these are just random pics that i choose. It is memory. Memories that you cannot easily get from other places. 

i wonder, is nisa already print out the photos?..hurmmm..


it was a very good team.



serius, gambar ni buat aku tersenyum. =)












Add caption

just nak cakap, kitorang tak plan pun nak pakai purple. Tapi Allah yang plan..hihi

Bajet model kitorang..haha
last but not least. Nanti aku letak lagi banyak gambar.  Banyak sangat gambar dalam lappy aku ni.  Thanks for the memories friend. This I will miss and keep in my mind forevahhh..hiks. =P

June 21, 2013

Najmi dan hospital

assalamualaikum...

first of all, alhamdulillah.. My last sem result had out. I am graduating student now. =P. Sekarang tgh cari kerja. Susah juga nak dapat kerja ni. May Allah gives me the best.

Sebenarnya kan, banyak benda aku nak cerita dalam blog ni.Tapi mari aku mulakan dengan adik aku yang paling bongsu. Si najmi. He was admitted to the hospital and discharged today. Sejak2 ni najmi asyik demam. Asal malam je demam.Siang okay. dah pegi klinik berkali-kali. Doktor still bagi ubat yang sama. So, my mom decided untuk pegi hospital. At the end, najmi kena tahan dekat wad.

Dia disyaki ada kuman dalam paru-paru + asma + demam. Yang pasal kuman tu, aku tak risau sangat, Sebab member aku pernah jadi macam tu juga. Masuk hospital, doktor bagi ubat. Then dah ok. Tapi yang asma tu. Itu yang aku risau. Najmi senang kena serang dengan asma. oh, Najmi juga ada masalah berat badan. Obesiti. Terlebih 5 kg. Disebabkan adik aku tinggi he should at 38 kg max. Budak darjah 2 beratnya 43 kg. Memang berat la. Tinggi najmi dah lepas bahu aku. Doktor ada pesan dekat najmi, adik aku kena diet. Nanti besar kurus jadi hensem macam doktor..errr...kelakar bila aku dengar. Tapi doktor tu memang hensem pun. hihi.. (aku admit tak semestinya aku suka, so, jangan fikir bukan2).

Hari ke-2, najmi dah tak demam. Tinggal asma, So, on that day aku kena jaga dia.Penat weh. Najmi ni bila ada kakak dengan abang dia memang tak berhenti gerak dan bercakap. Serious. Bila balik rumah terus pengsan. Tak sedar diri langsung.Lepas tu aku pula tak sihat. Nak cakap pun tak boleh.Suara hilang terus.huhu

Malam tu, doktor cakap dekat adik aku yang dia nak ambil darah sebotol. Lepas dengar je doktor tu cakap, terus adik aku menangis. Kuat weh.SANGAT.Sampai satu level tu dengar.Budak sebelah katil adik aku  pun menangis. Sebab dia pun faham sakit ambil darah tu macam mana.Sebenarnya najmi dah kena cucuk sebelum ni. So, bila kena lagi sekali dia dah tak sanggup la.

At the end, tak jadi nak cucuk. Selamat najmi.Tapi lepas tu baru la najmi rasa malu. Siap tanya aku lagi orang lain dengar tak? Confirm la dengar, dah menangis tu pitchingnya tinggi. haha..

Esok pagi tu, aku tidur atas kerusi. Tak sedar langsung. Sedar2 je doktor dah keliling katil.Aku lak yang malu. Dah la doktor lelaki.Dengan tak mandi dan tak bergosok gigi.Memang natural face la muka aku.hihi.Nak cover punya pasal aku sambung tidur, nak buat2 tidur lagi malu kan.Baik sambung je beradu, hilang rasa malau SEKEJAP.hahaha..

Agak2 doktor tu pegi check up katil lain, aku terus bangun.Just ada doktor perempuan dekat katil adik aku.So, tak de la segan.Then, aku called mak dengan adik aku.Minta datang ambil dan mak jaga adik.Lagi pun adik aku dah nak discharge. Just doktor nak ajar najmi macam mana nak pakai inhaler sendiri.

Tadi doktor pesan kat najmi, kena pandai pakai inhaler sendiri.Selagi tak pandai selagi tu dia kena tahan dalam wad. Ha...ape lagi.Bersungguh-sungguh dia belajar.hahaha. Nak keluar punya pasal.Banyak kali juga la dia practice. Di sebabkan najmi ni fast learner, so, najmi dah bole keluar.Alhamdulillah.

Tapi najmi masih di bawah pengawasan.Doktor ada bagi table, minta mak aku check. Pastikan ubat dan inhaler di ambil dengan betul.Jumpa doktor tepat pada tarikh diberikan.  Makanan kena pastikan terjaga. Najmi ada 6 jenis ubat kena makan. Dia dapat ubat biji since dia dah pandai telan ubat tu. Najmi juga kena guna dua jenis inhaler. Perlu ikut peraturan. Yang satu tu 2 kali sehari, lagi satu 4 kali sehari. At the beginning, its a bit burden for najmi. Tapi doktor cakap if ada improvement semua ubat tu boleh dikurangkan.InsyaAllah.

So, thats all.Aku akan update lagi.But this time yg lain pula.hihi..

p/s: Najmi cakap ada 3 benda yang dia terseksa.
1. ubat+ pam asma yang banyak dan pahit.
2. doktor yang selalu datang buat check-up
3. kena cucuk sebab ambil darah.


ini budak tengah pakai mesin pam asma. He always cheerful tak kira la sakit pun.heheh