March 1, 2014

Kerja oh kerja

assalamualaikumm..

Sejak dua tiga menjak ni aku agak sensitif dan perangai aku tak berapa betul. Mungkin sebab aku banyak sangat tekanan kot. Mak aku pun jadi pelik sebab aku punya angin ada pasang surutnya. Lagi satu, aku bertambah malas. Memang teruk la kan.Orang pompuan mana bole malas.hoho

tentang keja, meh aku nak cakap. Aku tak keja lagi!! Bukan sebab aku malas nak cari keja tapi rezki belum sampai dekat aku lagi. Dah banyak aku apply. Tapi belum rezki lagi. Persaingan memang banyak dan aku kena bersabar lagi. Jiran belakang rumah aku setahun setengah tak dapat keja yang sesuai dengan ijazah dia. Dia cuma keja jd jurujual brape bulan pastu berhenti dan seterusnya.Kalau jiran belakang rumah aku bole bersabar ini kan aku yang memang menambah berat di rumah dok goyang kaki ,takkan tak bole bersabar kan.

Aku ada la apply keje kerani. Niat nak ambil pengalaman. Then, company tu cakap tak bole ambil aku sebab dia nak yang tetap. Dia tak rasa aku bole keje lama.Tambah pula aku ni ada degree confirm la aku cabut lepas tu. Tak pe la nak buat cane.

Pastu ada jiran aku ni dia nak kira aku jadi kerani company kawan dia. Dia cakap gaji RM600 je. Pastu aku kena ada transport sendiri. Memang tak la.Kerani  standard RM  800. Enam ratus tu gaji sales girl jual  beg dekat shopping complex tau . Tak payah transport sendiri pun.

Then, aku pegi interview dekat satu company ni katanya nak cari eksekutif pemasaran. So, aku pun excited la pegi. Semangat siot. Company ni kecik,so, aku sedar yang aku tak bole nak demand sangat. Interview sempoi je. Disebabkan interviewer ni orang kedah kami pun cakap utagha la. Last sekali, dia tanya aku, gaji aku nak berapa.So, aku jawab la dengan segan silu RM1500. Korang rasa banyak dak? Bagi aku tak langsung. Dan aku tak demand. At the end, dia cakap dekat aku dia tak bole bagi banyak dia bagi aku RM500 je. SEBAB aku takde pengalaman. Waktu tu aku rasa macam kecik sangat. Dia cakap level experience aku kosong, dia tak tau pun kalau aku ni bole buat keja ke tak.Aku ni pandai guna KOMPUTER DENGAN BETUL KE TAK dan macam2 lagi la. Nak kata pandang rendah dekat aku pun ada juga. Nak je aku jawab, aku ada ilmu dalam bidang marketing. Walaupun aku tak expose dengan dunia sebenar sekurangnya aku bole cuba apply apa yang aku belajar.

'Nak orang yang ada degree tapi nak bagi gaji sikit'.tu apa yang hati aku kata la. Pastu terus dia cakap lebih kurang macam ni 'Awak nak keje ke tak? Kalau awak nak keje awak datang esok. Masuk pukul 9 balik pukul 6. Jumaat je cuti. Hari lain keje'. Berat je aku dengar. So,aku cakap tengok dulu macam mana.

Balik naik bas tu aku termenung jauh. Entah apa yang aku fikir sampai aku rasa macam naik bas sampai rumah aku tu seminit padahal setengah jam nak sampai rumah aku. Aku tanya mak ayah aku, dah memang sah diorang tak bagi. Esok tu  orang tu call aku banyak kali. Aku tak angkat langsung. Dan confirmla aku tak mau keje tu. oh, lupa dia cakpa gaji paling tinggi dia  bole bagi rm900.

Sejak kejadian2 tu aku dah macam  memilih bila mohon keje. Takut jadi macam tu. Nasib badan katakan. Tapi takpe.Aku percaya dengan rezki Allah.

Seterusnya, disebabkan aku ni graduan universiti tapi masih lagi tak keje2 ada la suara2 tak sedap.Biasala kan orang. Mulut manusia mana boleh nak tutup. Adik aku yang lepasan SPM tak berapa nak lepas pun dah ada bisnes sendiri. Duit dalam  poket dh banyak.Siap nak kahwin lagi tahun ni.Dia dengan bangganya tayang dekat aku tak masuk universiti pun bole dapat income banyak. Aku ni tak heran sangat. Aku just cakap 'well done bro.I'm happy for u'.

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan.Aku percaya apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku bertuah sebab aku masih ada mak ayah aku yang sokong aku. Bagi aku semangat.Tolak adik aku yang duit banyak tu, adik aku yang lain masih lagi support aku.Kakak aku yang asal jumpa mesti bergaduh tu pun bagi moral support.Aku yang tak berduit ni, diorg la bagi dekat aku bila dapat gaji. hehe.

Rasa macam lega lak, sebab simpan apa yang terpendam. Aku tak de la tertekan sangat pasal keje ni.Tapi mulut orang.Sesedap rasa je nak cakap apa yang diorang nak.

Ok, itu saja.Sekian..peace no war

p/s:Aku adalah marah dekat akak aku sebab suka hati je amik barang aku,sekali bila buka lappy dia(niat nak balas dendam) aku terjumpa gambarni. Dekat caption tu tulis 'The only soul sister till jannah'. awww,,,suuwwwwweeett sangat.Dah hilang marrah terus.hihi =P




2 comments:

♥cik shaf♥ said...

btol2..rezeki tu ade..insyaAllah x lame lg dpt la yg keje yg sesuai..aminn..
erm mungkin faktor tempat kot yg buat susah..sbb klu mcm kat kL ni i'Allah bnyk peluang (nak suh ko dok sini sbnrnye..hehe) =P
anyway teruskan usaha..aja2 fighting!!
;)

asi_hijab said...

aminnn..moga kata2 ko jadi kenyataan..ehehe.. aku mmg nak keje dkt kl.tp ayah aku x bagi.tp aku still lg nak pujuk ayah aku.huhu..thanks wei for the support.hehe.. =D