September 27, 2014

Kerja dan harapan

assalamualaikum..

 alhamdulillah, alhamdulillah, setelah setahun lebih aku takde keje.Sekarang aku dah keje. The real job for me i think.Aku rasa lah. I know it will be harder, maybe more cruel, i need to be more carefull. But this is what i choose for my path. Aku dapat keje dekat penang. Dekat kedah tu susah kot nak dapat kerja. Finally, I have to live in Penang. Aku kena masuk isnin nih which make me more nervous.

 I never thought I get this job as the competitors are many and my first interview was a month ago. The manager told me after 1st interview they will call me in one week if I succeed. So at that time I thought memang dah takde harapan.Sebab dah lepas seminggu kan But then, Last Thursday's night around 9.30 pm i got the message which I have to attend for second interview on friday afternoon.

Ya Allah, mau tak terkejut. Nak dikatakan rezeki aku, adik aku yang merangkap driver aku(aku tak bole bawa kete betul2 lg sb aku baru je dapat lesen okay) tuh cuti hari jumaat. Ape lagi pegi je la. Guna la navigation dalam fon aku untuk samapi ke destinasi. I never lost in Penang yet because I always use navigation on my phone. Ketaq bak hang tak payah habaq la. Tapi redha pun ada la juga dekat situ.Andddd alhamdulillah aku dapat keje walaupun ada soalan2 yang ditanya mmg membuatkan aku blurr sebab tak well prepared. Kira matematik pun salah sebab aku tak faham soalan.hahaha

 Tapi itu hanyalah permulaan. I have degree but not yet experience. So, aku kena belajar banyaaaaaak sangat. And I do have few problems yang aku memang pening bila memikiornye. Alhamdulillah aku ada few friends yang sudi tolong aku. Thanks soooo much friends sebab sudi tolong aku. Hanya Allah je lah yang dapat balas jasa korang. indeed, true friend is the one who help you when you are in trouble. Ukhuwah fillah abadan abada. ^_^

 And pray for me please, moga aku dapat ubah hidup aku, moga aku sendiri berubah kepada kebaikan, moga ini yang terbaik untuk aku. Moga aku kuat dan tabah untuk hadapi masa depan. Moga kisah yang lepas dapat aku jadikan pengajaran. Moga aku sentiasa menjadi hamba Allah yang soleh. Amiiinnn

. p/s: mesti korang pelikkan cane aku boleh convince ayah aku.hehehe..adalah itu rahsia. tapi aku admit aku agak degil waktu tuh..hoho.

September 17, 2014

Arahan My Ayah

assalamualaikum..

I have many worries lately. which some of the worries that I have decided is to ignore it until the main concern in my life has been settle.

Apa yang kena settle-nye sekarang.My most main concern is looking for a job.Aku agak frust sekarang ni sebab this week I have interview in Penang which I really want to go as i can see my opportunity there. Tapi apa yang buat aku geram is my ayah tak bagi aku pegi penang. Just becausee of my ayah susah wei nak explain dekat orang. People memang takkan faham dengan concern aku. Aku pernah kena hina dengan orang sebab katanya ayah aku ni suka mengongkong.Padahal bila ayah aku ada orang tu tak kata lak dekat ayah aku. Kata dekat aku je.grrr..ni lagi buat aku geram.

I believe my ayah has his own reason.Honestly, I did had a debate with my ayah regarding my interview's place. Memang tak kira macam mana pun ayah aku memang susah nak lepas aku pegi kerja jauh2. His excuse is tak de duit(but the truth is dia tak mau anak dia kerja jauh2).Itu je lah yang ayah aku bagi alasan bila aku nak gi interview jauh. Hari tu aku boleh pegi Penang untuk interview pun jenuh pujuk ayah aku. When he said he doesnt has money dengan lagaknya aku cakap aku ada duit sendiri.Itu sebab aku ada duit lagi and baru berhenti kerja.Dan sebelum aku habiskan duit aku dekat lesen memandu dan shopping ntah ape ntah.

Waktu tu pun ayah aku dah gelabah and he has a bit confident that I will not get that job since I told him yang apply kerja tu 500++ orang tapi diorang nak tiga orang.So, he really let me go. finally I didnt get that job. Disebabkan ayah aku berkuasa sekrang ni aku terpaksa la terima dan semangat aku dipatahkan dengan kata ayah aku tak de duit. *sigh*

Nak lawan memang aku tak boleh lebih2. Cukup tiga kali ayah aku cakap tak boleh aku stop dari minta. Then suddenly there are an open interview in Langkawi and one other interview yang aku tak tau ape  dekat langkawi juga. Tetiba je ayah aku suruh aku pegi and he will support everything. Ada la pula duit ayah aku nih. Now, aku redha je la.

Tadi aku duduk dekat ruang tamu and aku just silent.Mood pun dah tak ada waktu tu,then suddenly ayah aku usap kepala aku. Katanya,' Tak pa angah nanti angah dapat kerja juga. Pelan-pelan lah. Cuma sekarang kerja tu datang lambat sikit'.Hurmm..what can I say as I am his youngest daughter I have to accept it.

I really wanna be independent. Go wherever i wanna go. Be brave and bold. My mom once had said to me aku takkan pegi jauh dari keluarga aku unless aku dah kahwin ada suami. If aku dah ada suami aku pergi la mana aku suka . Diorang cakap aku dah berteman.So, diorang tak risau lagi pasal aku.

Susah juga jadi anak dara pak cik zolkifli nih.Itu pun kalau aku dapat laki yang boleh bagi aku gerak sana sini.Kalau aku dapat lagi teruk dari ayah aku acane?? ishh.. nauzubillah.Nak tunggu prince charming datang selamatkan aku and freely bring me wherever I wanna go? Macam tunggu bulan jatuh ke riba. Memang tak lah. Batang hidung pun aku tak nampak sekarang ni. Berangan dalam mimpi je lah..

So thats all.
p/s: Honestly aku tak nak kerja dekat langkawi . Aku pernah menetap dekat situ selama 12 tahun. I know really well that place. I love 'tanah besar' nih lagi dari pulau tuh.Seriously, my mind more open here.


September 6, 2014

Mana Diri



Perasaan, perasaan yang membuak -buak dalam dada.
Perasaan yang dulunya takut menguasai diri kini perasaan itu telah berjaya,
Rasa bagaikan bom jangka masa
Bila sampai waktu dipetik ia akan meletup
Rasa macam hati dah tak ada perasaan simpati, perasaan kasih yang dulu,
Diri ni hanya pentingkan diri sendiri, tak pedulikan orang lain.
Mana diri yang dulu?

Mencari balik diri yang menghilang,
merayu agar diri itu pulang kembali.
Betapa rindunya diri yang dulu
Penuh dengan kasih, penuh dengan gembira
Walaupun luka tetap terus berjuang,
Walaupun jatuh tetap bangun berdiri
Semangat yang tak pernah luntur walaupun tohmahan dan hina dicurahkan
Wahai diri datang kembali

Jasad ini
Mencari langkah kembali ke jalan,
Jalan yang sudah hilang dek ditelan perasaan benci dan marah,
Tidak toleh ke belakang mahupun depan
Apatah lagi memandang kiri ke kanan
Apa dah jadi?

Pujuklah diri agar ia kembali ke badannya
Pujuklah diri agar hidup tak terus jatuh dan jatuh
Pujuklah diri agar tidak dipijak oleh yang lain
Cari diri semula
Agar bahagia seperti dulu.


Aku yang merepek
cikasi