August 20, 2011

DuGaaN

assalamu'alaimkum....

Lately, dalam tahun ni aku diuji dengan pelbagai dugaan.Terasa iman dalam diri ni betul2 dicabar.Kesabaran yang ada dah sampai ke tahap paling maksima.Dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.Terasa sangat sakit. Sesetengah cubaan aku boleh tahan,aku boleh sabar, setengah lagi kesakitan yang ada semakin parah dan kesabaran yang ada sudah semakin tak tertahan.

Tanya je kepada sesiapa,apakah dugaan yang paling tinggi dalam hidupnya. Jika belum jumpa lagi diharap tingkatkan iman anda.Jika sudah,pasti anda rasa bebanan yang dipikul sudah tak mampu digalas lagi.Bagaikan mahu saja lepaskan bebanan tu, mahu saja lari dari masalah itu.Bagi yang mengatakan dia sudah jumpa,tapi kamu dapat hadapi dengan tenang, jangan ingat itulah yang terbesar cubaan dalam hidup anda.Ada yang lagi besar sedang menanti.

Sabar..hurm...satu perkataan yang berjuta kali aku dengar.Aku mengaku sabar adalah perkara yang paling penting dalam menghadapi cubaan.Jika tak sabar manakan aku berjaya mengahadapi dugaan hidup yang sebelum ni.Tapi aku bukannya boleh bersabar dengan hanya mendiamkan diri.Aku bukan boleh bersabar dengan berpura-pura menunjukkan aku memaafkan orang tu, dengan mengukir senyuman dan menerima orang yang menguji kesabaran aku yang akan memijak aku semula berpuluh kali di masa depan.

Sabar tapi tidak menyelesaikan masalah, membiarkan diri ini ditindas, menanggung fitnah orang, membiarkan kawan malah darah daging sendiri menikam dari belakang, itu adalah membunuh diri sendiri.
Sabar harus seiring dengan penyelesaian yang baik.Otak perlu berjalan , jalan penyelesaian harus dicari agar tahap kesabaran tidak diuji berulang-kali.Jangan mengharapkan masalah boleh diselesaikan dengan sendirinya,mendiamkan diri dan membiarkan dugaan itu sendiri memakan diri kita.
INGAT!!! Allah menolong hamba-Nya yang sentiasa cuba menolong diri sendiri.

"Benda yang lepas tak payahla nak ingat"
"nak buat macammana,ah, biar jela,ko sabar banyak2.Lambat laun orang tahu juga"
ini adalah antara perkataan yang paling aku tak suka dan banyak lagi kata2 yang bukannya nak memberi semangat tapi kata2 yang menyuruh aku melupakan apa yang dilakukan oleh orang. Biarkan orang itu memijak aku berpuluh kali.
Kadang2 aku rasa aku ni macam orang bodoh. Tak lakukan apa2 dan aku tak mampu nak mengubahnya.Setengah dugaan la.Membiarkan orang gelakkan aku dan bertepuk tangan apabila misi mereka berjaya.
Depan memang manis,belakang ada saja cerita buruk yang nak disampaikan.
Buat tak tahu je? Kalau boleh memang aku nak buat macam tu.Tak payah susah2 nak fikir.Tapi kalau dah mengacau hidup aku, orang tengok aku atas bawah boleh ke aku tahan.Anda boleh?

Kalau semua masalah yang direka sendiri oleh manusia boleh dilupakan macam tu ja,lepas tu buat2 bahagia, lepas tu buat dosa lagi, lepas tu lupakan lagi.Memang masalah ni takkan selesai la.Boleh je lupakan bepuluh kali.Tak ke rasa diri ni macam orang bodoh?macam boneka? dah dapat buang,bila nak guna ambil balik, lepas tu benci buang ja.What a dumber if we are like that?
Kalau boleh lupakan saja, tak payah nak buka balik cerita,macam mana dengan akhirat nanti?
Semua cerita dibuka.
"Barang yang lepas jangan dikenang"..
Tapi Allah mengambil kira barang yang lepas.Setiap tindakan kita.Setiap perkara.Walau sebesar zarah takkan terlepas.
Tak takut ke dengan Allah.Jangan pentingkan dunia.Semata-mata mahu orang menyanjung kita jangan rosakkan kehidupan orang lain.semta-mata mahukan dunia orang lain terpaksa sengsara.
Jika iman tiada dalam hati, jika sabar kerana Allah tak ditanam dalam hati,pasti perkara lebih buruk yang akan jadi.Aku tak nak kesuahan hidup aku dengan dosa seperti mereka.Aku tak mah membalas dendam.Tapi aku mahukan hak aku sebagai khalifah atas bumi ni.Hak aku untuk hidup aman tanpa sebarang gangguan.
Aku lebih takutkan Allah.....




aku bersabar kerana Allah.....

No comments: