August 27, 2011

HoSpItaL

assalamualaikum...
hurm..tinggal lagi 2 hari kita nak sambut raya dan meninggalkan ramadhan.Seriously, this ramadhan banyak benda yang aku and my family have been through. Masih lagi melaluinya dengan sabar dan redha.
Semalam, kakak aku masuk wad.So, i have to accompany her.she having tonsil and high fever.Rasa sedih sangat. Ye la, mak aku dekat rumah kena jaga mak tok yang separuh lumpuh, adik najmi lagi.Plus, masalah yang macam2 lagi yang tak boleh nak sebut kat sini sebab ni isu sensitif.Orang perempuan dalam rumah aku 3 orang ja.Mak,kak long dan aku.
Rasanya preparation untuk raya tahun ni tak de la sangat.Sebab kitorang kena handle masalah ni dulu.Aku harap puasa aku tahun ni mendapat keberkatan.Amin.^_^

Aku nak kongsi sikit, pasal kak long aku.Macam ni, semalam kak long nak mandi.So, aku pergi dekat kaunter cakap kat nurse tolong cabut paip air dekat tangan kak long aku sebab dia nak mandi.Then, sorang nurse ni cakap ok dia nak buat.Pastu, sorang lagi nurse ni cakap pegi je mandi bawa air tu skali masuk dalam bilik air.Aku tanya tak pe ke?Tak susah ke.
Then, she replied."Tak daklah senang ja.Bawak tiang tu skali masuk bilir air"...hurm..
aku pun pergi la dekat kak long aku cakap kat dia boleh ja bawa air yang cucuk kat tangan dia tu pegi mandi.Bawa skali tiang yang gantung air tu.
So, my kak long went in.Lama juga la kak long aku mandi.

Tiba2 lampu kat tengah2 wad menyala.So, aku fikir tu mesti lampu untuk nurse tu.Maybe a doctor call the nurse for emergency.MAYBE.....
Mak cik kat depan katil kak long aku tegur aku. Kenapa kak long aku lama sangat dalam shower.aku jawabla, dia memang macma tu.
lepas 15 minit, sorang pak cik ni marah2 aku.Dia cakap tu lampu untuk emergency dekat shower.So, aku terkejut dan terus lari masuk shower.Tau apa aku nampak?Ish..jangan fikir lebih2.
Aku nampak kak long aku menangis.Dia tunjuk kat aku jarum air yang cucuk kat tangan dia tercabut.Darah kat tangan dia banyak.Kat lantai tak payah la nak cakap.Memang bayak sebab campur dengan air sekali.
Aku terus pergi dekat nurse.Tapi kali ni orang lain(Tukar shift kot).Tau apa nurse tu buat.Dia marah aku!!Dia cakap tak panggil diorang untuk cabut air tu.Bengang gila aku dengar.Aku terang la dekat nurse panjang lebar.Pastu dia diam.Pastu dia kata balik, kenapa aku biarkan kak long aku sorang2.Ler, takkan aku nak tengok kak long aku mandi kot.
Waktu tu, aku dah nak kaunseling dah dekat nurse tu.Aku nak marah diorang, macam mana diorang boleh tak perasan lampu emergency.Dah la lampu tu dekat dengan diorang je.Waktu tu diorang sembang pasal raya la, pasal nak buat apa la.Macam mana aku tau?Kerana katil kak long aku dekat je dengan kaunter.
Tapi tak jadi kaunseling pon, sebab kak long cakap jangan, aku ni puasa. Nasib baik kak long ingatkan aku.Kalau tak hilang puasa aku.
Aku harap kakak aku dok sekejap je dekat wad ni.At least, raya eve.Sebab aku tak nak raya kat sini.Aku nak balik rumah.Boring owh.Badan aku pun sakit2 sebab tidur atas kerusi.Katil kosong sebelah akak aku tak boleh tumpang tidur, sebab ada sorang misi ni tak bagi.
So, this is the end.Nanti kalau ada masa free aku kongsi lagi cerita.
K.Salam..^_^

p/s: ada la sorang nurse ni baik je,suka senyum.Yang lain serius.Yang lagi sorang ni(misi yg tak bg aku tido ats katil)., marah2 aku sebab aku guna letrik hospital charge laptop..Aish..mentang-mentangla ni wad kelas 3.Aku tengok wad kelas 1 dan 2 nurse semua baik2.(dulu sedara aku pernah masuk hospital-dia org kaya la)...
Buat la keja dengan ikhlas..T_T

1 comment:

nUr said...

syikin..!sabar weh=)
sminggu b4 puasa pon ak teman mak ak kat hspital.jd aku pham lar bab sakit badan tdo atas krusi tuh.nurse memg xbg kita tdo atas katil,even nk mintak tilam nk tdo pon kna charge.last2 tahan je lar tdo ats krusi tuh (=_=")
Xpe2,ak doakn korg still dpat rasa kemeriahan rya walau dlm keadaan mcm mana skalipon ^_^