November 17, 2012

I-Youth part 1

asslamualaikum...
hari ni 17 Nov 2012..Besday Aku!!!hehehe..Selamat Hari Ulang tahun yg ke-22 cik asi..wehee~~~ dh berumur aku.tp muka i still muda okeyy...huh, perasan btol aku ni..hehehe..k2..
 tujuan aku menaip untuk post kali ni aku nak citer pasal kem I-Youth yg aku join mggu lpas . Pada 9-11 nov bertempat di UIA.(skemanye aku ni).Ramai juga yang tanya aku kenapa aku join inspire balik. Kata tak nak join dah. Aku pun tak tahu kenapa la aku nak sangat join program ni. Bukan aku dah taubat ke tak nak pegi..hehehe..tapi kali ni kem I-youth ni mcm memanggil aku ajak aku pergi.Aku tak tahu kenapa. Jadi dengan niat Lillah hi ta'ala aku redah je. Aku jadi senior dlm kelab tu..chewwah..senior la sgt.So, ramaila junior2 yg baik hati and sweet aku kenal. Kawan-kawan aku yg batch dgn aku tersangatla hepi bila nampak muka aku ni dalam program tu.

Sekali lagi, dalam fikiran aku, kenapa aku nak jadi fasi dalam program ni? Aku pon tak faham kenapa aku ikut je hati aku ni. Rupanya semua ni ada hikmah. Sepanjang aku join mana2 program ni la kali pertama aku rasa sangat puas. Aku bole tersenyum walaupun penat.

Program I-youth adalah untuk budak2 yang kami kutip dekat bukit bintang.ceh, bukan kutip la.Before masuk buat kem fasa pertama kitorang adakan modus operandi di bukit bintang iaitu lima hari seblum kem I-Youth berlangsung. Kitorang pergi approach budak2 lepak ni dekat sana. Memang debar waktu first time gi sana. Dalam fikiran ni mcm2 dah fikir. Takut2 budak2 ni marah akak2 ngan abg2 ni sibuk hal diorang la. Takut diorang kata kitorang ni kerek la.Tak betul la..bla,bla,bla.. Mcm2 aku dh fikir buruknye. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan kami. Budak2 ni sangat friendly. Mula2 diorang segan ngan kitorang. Lama2 join venture skali dgn kitorang lpas tgk mcm best je kwn diorang yg lain join main game dgn ktorang. So, waktu tu promote la budak2 ni ajak dtg kem ni. Alhamdulillah walaupun banyak halangan dan kerenah kami terpaksa tempuhi untuk jayakan program ni seramai 31 budak paling coool join program ni.




hepi je kan muka.tapi dalam hati debar die..ish..hanya ALLAH je tau.




  
geng ni sangat cool



tada!!! secara overallnye..



ok..takat ni je la.ni baru part one okey. Nanti aku sambung lagi. Skarang ni nak kluar.nak pegi bli barang nak buat mask muka.sb muka dah gelap skit. Nak tahu apa jadi dekat kem tu. TUNGGU!!!! wahaha..

p/s: aku tahu bahasa aku berterabur and ade yg tak faham.InsyaAllah akan aku edit nanti2.aku dh lambat..salam ^^

October 17, 2012

citer tak berapa baru

ASSALAMUALAIKUM!!!

weeheee..lama gilerrrr tak update blog.bila buka balik and baca semua post aku..alahai, citer dulu2.tapi tak de la lama mana kan. Aku dah last year sem student. insya-Allah, sem depan is my last sem. Sem sekarang ni dah nak sampai midterm break dah and soon finish my second last sem. ^^

Sejak umur berganjak ke 21 and will be 22 soon, lots of things had happened. Apa yang aku perasan sekarang ni, aku banyak berfikir. It's all about my future.  Perkara yang berlaku banyak mengajar aku dan menjadikan aku lebih matang.Chewwah..^^...

Before masuk sem ni hati aku agak kiciwa la sikit. then, aku buat sesi soal hati dgn kenkawan aku and mak aku tentang ni. Pastu, aku semangat balik. Hidup macam mana pun tetap kena teruskan. Bila masuk je sem ni, tiba2 je rasa diri ni macam orang paling sibuk di dunia.hehehe.. lots of lots of lots assginments. Research paper la, book review la, bla bla bla and bla.

Second week of this sem, aku pegi kursus kahwin.jeng2..hahaha..eh,,jangan salah faham aku ni still single and available. Tujuan aku ke sana ialah alang2 aku ada masa terluang di hujung minggu why not pegi je. Pegi awal2 senang sikit. Nanti jumpa kahwin terus. tak payah dah fikir hal2 ni.hehehe

OKAY..this sem, aku tukar skin care product. banyak sebab aku tukar salah satunya susah nak cari. Balik kedah dulu baru jumpa. then,  aku ada la beli hydra make-up ni. Benda tu dah buat muka aku sangat berminyak dan JERAWAT kembali.Aduh, sekian lama jerawat aku tak de, ni naik balik. so, aku stop. Kurang la tapi still ade.

owh, and another dilemma, badan aku mengembang dengan gembira sekali. Aku dapat rasa ketidak selesa aku bila pakai seluar... T_T. Memang bagus la aku. Dah nak grade jadi macam ni. Mak dah pesan soh jaga badan dengan penampilan. Takut nanti2 org masuk meminang tak jadi sebab tgk budak badan gedabak ni.(heheh aku lawak je). mak aku just pesan badan dengan penampilan penting sb nt org tak jemu tgk kite. Pastu tak de la masalah lain2 yg berkaitan dengan saiz ni.

Okay, last paragraph, isu kahwin. eh, bukan aku kawin. Kan aku udah bilang.. Sekarang ni kawan2 aku ramai yang dh nak melangkah lagi setapak ke hadapan. aku tumpang gumbira dengan diorang2 semua. Alhamdulillah diorang dah jumpa lelaki yang tertulis di luh mahfuz. Korang kalau nak kahwin jangan lupa jemput aku tau. Aku excited klu dapat pegi rumah oranng kawin ni.Tambah2 akad nikah. aku akan tumpang terharu dan sebak bila tengok pengantin lelaki lafaz akad. hehehe..aku yang terlebih feeling lak kan.huhu..
k..dah,dah..aku kena tido.esok ada claz.nt2 aku sambung balik.^^

p/s: aku suka gi time akad nikah sebab nak amik berkat.Walaupun aku tahu aku punye turn lmbt lg tp aku tetap juga nak ambil keberkatan dekat situ. =P

February 5, 2012

RESULT and MISSION

aku lompat lebih krg macam ni bila aku happy..hehehe
assalamualaikum...
 alhamdulillah..the result is good and eventhough i am not get what i want. Less from what I expect. tapi tak pe  dah dapat macam tu aku bersyukur sangat dengan Allah. The result came from my effort for the last sem.  hasil daripada half all out and usaha separuh jalan. Sebab ape half way? Sebab dekat tgh2 jalan tu, salah satu subject aku, i got the worst from the worst. Aku tak pernah seteruk ni dalam hidup aku. Kawan2 aku yang lain semua happy sebab diorang dapat bagus. i tell u what...the  midterm question was soooo easy and i failed . lagi teruk i had missed my first quiz..free2 je hilang banyak markah dekat situ. Ape lagi meraung la....

i had thought to drop out that subject. tapi kan aku tak de duit nak bayar...RM 300 kot..Then, i decided to keep on no matter what. Aku tarik nafas dalam2 dan terus juga..Then, semua subject aku tereffect juga...aku malas nak study. Tapi tak de la malas teruk just dah kurang focus..

Sape tak risau kan as a student.Semua orang kejar untuk dapat result bagus. aku ingatkan aku gagal...tapi kuasa Allah lagi kuat..aku lulus..tapi tak de la dapat A sb carry marks sangat la sikit.Kalau dapat full marks in final pun mustahil nak dapat A(tapi kan klu aku perform bgs untuk carry marks, i might got A).Anyway...The result just fit with my effort.

MY NEXT MISSION....seems that the subjects i already added for my next sem are hard..Aku still nak buru for the better result.i know my limit...Tapi aku takkan putus asa..Biarla nak meraung macam mana pun nanti even lg teruk dari sem lepas. I hope i got what i want...^_^
i will miss him and my family again when i'am back to my campus..huhuhu

p/s: kawan aku igt aku happy sb result aku gempak..BUT result aku biasa je..aku happy sb aku tak fail subject yg dah mematah semangat aku tu...^_^