assalamualaikum..
cepat kan masa berlalu..sedar tak sedar muka ni dah ada tanda penuaan dah.hehe..Memang kelam kabut survey barang anti penuaan. Kali ni aku bukan nak kongsi pasal barang tapi nak cakap masa cepat sangat berlalu.Yang dahulunya kita tertanya-tanya tentang masa depan kita, hari esok kita,sebenarnya kita dah melepasinya ataupun semakin hampir.Faham? Tak faham ke?? k, contohnye, waktu sekolah dulu, pernah tak korang tertanya-tanya ape akan jadi dengan diri korang lepas habis SPM.Tak kira la expect dapat masuk Universiti ke kerja terus.if korang pernah fikir, sekarang korang di masa depan tu(bagi yg dh habis spm la).Then, persoalan datang lagi, ape yang akan jadi dengan kite bila dh habis belajar. Tambah2 dengan umur yang dh masuk 20-an ni.
Sekali lagi, aku terfikir.Macam mana la aku nanti bila dah habis belajar. Jadi graduan universiti. Bawa sijil ke sana sini untuk cari keja yang layak dengan tahap pelajaran aku. Aku terfikir juga, macam mana aku nak menghadap kerja yang bertimbun-timbun, kemungkinan besar cuti hanyalah sahari seminggu. Tak de dah cuti panjang macam seminggu. Dah tak de dah perkataan rehat panjang.
Aku pun dah tak lama nak habis belajar. Insya-Allah bulan 6 ni. Tak sangka, dari awal jejak kaki masuk matrikulasi UIA dekat Nilai dulu, rupanya diri ni dah nak hbs belajar untuk segulung ijazah tahun ni. Dulu aku tinggalkan sekolah aku dengan tak sabar nak tengok dunia. Sekarang dan tak lama lagi aku akan tinggalkan universiti dengan berat hati dan teruskan hidup macam org lain.Ada kerja sendiri, tanggungan bukan atas mak dan ayah aku lagi. Tapi aku sendiri.
Perasaan tinggal sekolah dengan tinggalkan universiti ni lain. Dulu waktu awal tahun masuk tingkatan 5. Aku rasa happy pastu rasa tak sabar nak habis sekolah. Waktu tu, aku yang sangat pemalas jadi rajin tetiba,Sebab nak score SPM. Taget aku dulu nak masuk uitmje. Waktu tu cakap dalam diri, masuk uitm pun jadila sebab diri aku ni bukan pandai mana pun. Alhamdulillah rezki yg aku tak sangka Allah bg, Aku dapat uia.
Perasaan sekarang lain, hati aku berdebar bila fikir aku dh nak habis. Rasa berat hati. Sekarang ni, setiap moment dalam universiti ni aku simpan elok2 dalam fikiran aku. Sebab aku yakin, lepas ni aku dah tak dapat rasa macam ni dah. Bila aku sedih, masjid tempat aku bertandang, bila aku bosan lepak2 dekat kampus pun jadi la. Bila aku lemah semangat, kawan2 aku la yg beri nasihat dekat aku.Mungkin sebab aku tinggal dan belajar dekat sini kot. Kalau sekolah dulu, rumah aku dekat je. Ikut jalan short cut 5 minit je dah sampai.
Hurm..tiba2 rasa sedih kan. Mood sem ni berubah-ubah. Kejap ok kejap tak.
k.bye guys. ^^
No comments:
Post a Comment