August 15, 2014

TIGER

assalamualaikum..


I was a cat lover. Serius aku tak tipu. Aku suatu masa dulu aku adalah pencinta haiwan nabi ni.Tak kira apa jenis kucing bulu kembang ke, tak de bulu ke,kaki macam stokin ke semuanya aku ambil peluk.

Suatu masa dulu, aku selalu kutip kucing tepi jalan bawa balik rumah. Lepas tu mak aku marah suruh aku letak balik dekat mana aku ambil. Sebab dekat rumah aku dah ada kucing. Lepas tu aku menangis waktu hantar kucing tu.Hari-hari aku akan melawat kucing tu sampai la kucing tu dah takde dekat situ. dan waktu tu aku harap ada orang ambil kucing-kucing tu.

Suatu masa dulu, tak kisah la kucing bernanah ke, ada kutu, banyak benda kotor ke, aku akan ambil kejap dan cuci sampai kucing-kucing tu bersih. sampai aku rasa puas. Aku tak kisah kalau kucing tu cakar aku asalkan binatang comel ni bersih.

Suatu masa dulu, kucing yang aku bela akan hantar aku pegi sekolah. Setiap pagi. Walaupun aku halau diorang balik ke rumah, kucing aku tetap akan hantar aku ke sekolah sampailah aku lintas jalan dengan selamat.

Suatu masa dulu, setiap malam aku akan pastikan semua kucing-kucing ada dekat rumah. Aku akan cari diorang sampai jumpa.

Suatu masa dulu, walaupun aku ada penyakit lelah aku tak kisah. Kena marah dengan mak aku berkali-kail aku tak kisah.Aku tetap peluk kucing aku erat-erat sampai aku tetido.

Itu suatu masa dulu,hati aku hanya pada kucing. sekarang? Sejak kucing terakhir aku mati aku dah tak minat dengan kucing. Tiger (nama kucing last aku) bawa hati aku bersama.  Bawa perasaan kasih aku pada kucing bersama. Tiger kucing aku paling aku sayang. Paling baik, paling dengar kata-kata aku.

Tiger perangai dia seperti namanya. Agak garang, agak maskulin. Sangat berdisiplin. Kalau dia nak ke tandas di tengah malam tiger akan kejut aku. Then, aku buka pintu tandas untuk dia.Kucing lain kalau tak sempat melepas dekat mana diorang nak.

Kalau aku ada nangis macam dia faham je. Dia duduk sebelah aku.Dengar apa yang aku nak cakap.Pastu dia gesel-gesel aku.Tu yang buat aku sayang dia sangat.
Tiger kalau lapar dia minta. Tiger memang bising bila lapar. Tapi bila aku bawa keluar ikan tunjuk dekat dia yang aku tengah rebus ikan untuk dia, tiger akan duduk diam tepi dapur sampai ikan tu masak.

Waktu tidur dia tak macam kucing lain. Kucing lain suka hati je nak tidur dekat mana2. Tapi Tiger akan tidur dekat hujung kaki aku.Walaupun aku letak dia di sebelah aku, dia akan bangun dan tidur di kaki aku.Walaupun aku pernah tersepak dia  sampai terpelanting waktu tidur, tiger tetap tidur dekat hujung kaki aku.

Sebelum dia mati, tiger ada bawa kawan balik rumah. Satu family pelik, sebab tiger tak berkawan dengan mana-mana kucing. Apatah lagi dengan betina.Tiger sangat anti dengan kucing betina. Waktu tu kitorang memang pelik.Tapi mak aku marah tiger tak bagi bawa balik kawan. Tapi tiger tetap bawa balik kucing tu. Tapi keluarga aku tetap tak terima sebab bagi kami cukup la ada tiger sekor. Tapi bila aku fikir balik tiger bawa pengganti kot untuk aku.

Pagi hari tiger mati aku happy sangat entah kenapa. Balik je dekat rumah mak aku cakap tiger dah mati. I did cried. Tapi tak de lah maraung gitu.Nangis ala-ala heroin dalam tv.Cuma bila teringat je aku menangis. For a week, aku dikira berkabung la. Rasa sunyi. 

Suatu hari aku baru bangun dari tidur. Antara tidur dan terjaga aku nampak tiger.Dia duduk di kerusi sambil pandang aku. Matanya seolah-olah senyum. Lepas tu dia bangun lompat dari kerusi dan terus berjalan ke dapur.Waktu tu, aku kata pada diri aku sendiri, yang sebenarnya tiger mati tu adalah mimpi je.

Aku cepat-cepat ke dapur,tanya mak dengan kaklong aku mana tiger.Sebab tadi aku nampak dia Mak aku kata mak aku nampak tiger juga tapi tiger kan dah mati.Mak aku kata mungkin tu roh tiger kot. Sebab kak long aku pun nampak.So, tiger mati tu bukan mimpi. T_T

Then i cried again.Aku dah tak mau rapat dengan kucing. Tiger took that feeling away from me.Aku pandang kucing dengan takde pape perasaan sekarang ni. Kalau dulu aku boleh bersihkan kucing macam tu je tapi sekarang aku tak boleh tengok kotor2 ni.Aku rasa  geli. 

How i miss him so much. Kalau aku dapat jumpa dia lagi, aku nak citer dekat tiger, How's my life has change. 10 years has past and many things have happened. Aku pun dah pindah rumah. And his grieve pun aku dah tak tau dekat mana.

I can say he was my bestie when i was teenager. Always besides me at that time. He is gone and what can I do is I ask Allah in my prayer that I want to meet him again in hereafter. InsyaAllah.

Tiger aku lebih kurang macam ni la rupa tapi dia ada sifat maskulin gitu.
P/S: ni cerita aku. Kalau tak faham buat  tak tau je.

August 13, 2014

Kisah Aku


Kisah aku yang aku kisah adalah aku,
Kisah aku struggle dengan diri sendiri,
Kisah aku yang cuba juga by hook or by crook aku tetap nak juga
Kisah aku cuba berkali-kali walaupun keputusannya aku tetap gagal
Kisah aku yang berjuang untuk bebas dari kepompong aku
Kisah aku untuk tidak peduli hal orang lain
Kisah aku yang aku sedar dalam dunia hanya aku sorang
Kisah aku yang usia berganjak seiring dengan waktu yang berdetik
Kisah aku yang jatuh dari motor pastu secara tak sedar kaki aku lebam
Kisah aku dengan muka tak tau malu aku cari peluang sekeliling aku
Kisah aku yang dah tak kisah apa orang kata
Kisah aku yang dah lali dengan kata-kata orang yang nak jatuhkan aku
Kisah aku yang belajar dari kesilapan
Kisah aku yang cuba untuk membalas dendam tapi aku  tersilap langkah
Kisah aku yang gembira bila dapat invitation kawan2 nak kahwin
Kisah aku yang aku rindukan diri aku yang dulu
Kisah aku rindukan sahabat-sahabat aku
Kisah aku yang merasakan aku sudah kehilangan diri aku sikit demi sikit
Kisah aku yang cara aku bercakap sudah berubah
Kisah aku yang cuba luahkan tapi tiada siapa yang dengar
Apa yang aku kisah sekarang aku ada Tuhanku

Semuanya tentang kisah aku. Kisah bermaksud cerita. Hidup manusia bukan macam dalam movie ataupun novel yang endingnya bahagia. Hidup ada naik turunnya. Macam orang kata hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita dekat atas.Kadang-kadang kita dekat bawah.Tak guna nak meratapi hidupyang serba tak kena ni. Cuba yang terbaik. Yakin pada yang SATU.
 Sekian...

Aku Penganggur




Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

-Sudirman-


p/s:those who still unemployed like me, keep searching and dont give up.. =D

August 10, 2014

Silap aku sendiri



Kerana aku tak pandai sembunyi perasaan aku,
Kerana aku tak pandai berlakon seperti kalian,
Kerana aku tak pandai membutakan mata dengan maksiat di depan aku,
Kerana aku tak pandai bergelak ketawa dan duduk semeja dengan orang yang menoreh pisau kejantung aku,
Kerana aku tak pandai meluahkan perasaan amarah aku kepada mereka yang memijak aku,
Kerana aku tak pandai bermain lidah seperti satria yang berlawan bersama pedangnya,

Kerana itu aku marah, geram,  bengang dan segala perasaan yang ditiup oleh syaitan aku terima,
Sehingga aku membuat satu kesilapan kecil,
Satu kesilapan kecil yang memakan diri aku sendiri.

Sehingga kesalahan yang dibuat oleh yang lain terpaksa aku tanggung.
Pengajaran untuk aku untuk lebih berhati-hati,
Peringatan untuk aku supaya aku lebih bersedia dengan masa depan,
Peringatan untuk aku bahawa DIA di atas termpat aku meminta pertolongan.

p/s:Sejak aku kerja aku rasa aku semakin jauh dari Tuhan aku, aku semakin tak tenang dan gelisah.Aku berada ditengah-tengah konflik yang aku sepatutunya tak berada disitu.And finally,aku berundur dari situ.Yes, aku menganggur sekarang. the worst is, aku ingatkan aku dah lepas dari konflik tu ghopenye ada yang memburukkan nama aku. one thing i can say, Moga Allah berinya hidayah. Amin.

p/s lagi: aku tak pernah sangka jadi macam ni teruk. and i really hope this time i,ll be more careful.Kali ni tak mau dah jadi kuli, sebab orang memang layan kita  macam kuli. This time, aku nak kerja dengan qualification aku, and not let anyone take advantage on me again. (tepuk diri sendiri).