March 8, 2013

MY tHOUGHT

assalamualaikum...
lai2..mari2..aku nak update post baru..hehehe..
cuma nak update sikit je ari ni.tp dijangkakan akan menjadi panjang.hehehe...
ok..lets start...^^

sekarang dah week 5 for this sem oi..dah tak lama masuk mid-break.Pastu habis mid-break bemulala sibuk dengan segala presentation,asignment submittion then FINAL!!!!

ok, ape yang aku fikir?? this is my last sem, and everything is last wei. EVERYTHING!! Entahla, aku tak tahu apa yang patut aku rasa, Happy? Sedih? Sayu? Debar?.. rasanya semua dah bercampur. Aku ingat aku dah bersedia untuk lihat dunia luar. Tapi sebenarnya belum. Resume pun tak mula buat lagi.

Walau macam mana pun aku tetap kena mengadap dunia luar dalam masa beberapa bulan lagi yang pastinya tahun ni..emm... cane ni?? T_T

Sambung belajar Vs Kerja

Ok, sekarang ramai dah tanya apa yang aku nak buat selepas ni. Semua students university ni ada dua pilihan bila diorang dh tamat belajar-sambung master or kerja-..

Ape yang aku fikir? Ini jawapan yang aku selalu bagi dan sentiasa dalam fikiran aku. Aku nak kerja. Kali ni aku cari duit sendiri. Habis je aku belajar dekat UIA ni aku dah ada tanggungjawab. Tanggungjawab yang aku selalu fikir lepas je aku habis SPM.

Ada kawan aku pelik, kenapa aku nak sangat kerja daripada sambung belajar. Nak sangat tempuh dunia luar yang sangat la mencabar. Baik sambung belajar, jauh lebih baik.Tambah2 kalau sambung Master nak cari kerja lagi senang. Jadi lecturer lagi senang.

Ini jawapan aku, sampai bila aku nak hidup bergantung dengan mak ayah aku. Aku tahu dekat dunia luar ni banyak sangat dugaan. Aku selalu nampak ayah aku mengeluh dengan kerja dia bila dia balik keja. Aku nampak muka letih ayah aku yang amat sangat bila balik. Yang pastinya, bila ayah aku balik keja, ayah aku akan makan, pastu mandi, tengok tv kejap. Dlam pukul 9 sampai 10 macam tu ayah aku dah tidur.

Bukan bermaksud aku ni nak sangat keja.Bukan juga aku bermaksud kawan2 aku ni tak kesian dengan mak bapak diorang kan. Cuma bila fikir balik aku ni perempuan. Apa la sangat aku boleh buat untuk mak dengan ayah aku. Aku tak de la rajin sangat nak keja. Takde la aku nak sangat jadi kaya. Tapi aku fikir benda ni dah bertahun-tahun. Aku bukannya anak orang kaya. Ayah keja gaji sebulan berapa la sangat. Nak bela anak2 dia yang demand macam2. Kalau bapak aku dengan mak aku ja memang diorang bole pakai BMW dgn rumah banglo dah. Tapi sebab demi anak2 diorang tak terfikir pun macam tu.Aku je yang fikir lebih2.hehhe..

So, for me to get a job is my choice. Sementara aku still bujang dan takde sape2 lagi, aku fikir aku patut kerja dan luangkan masa sepenuhnya dengan family aku.Make them happy. Itu yang pasti. Entah macam mana aku akan hadapi atau macam mana aku nanti lets wait  and see.Doakan aku yang terbaik.Depend too much on my parents, macam bagi beban la pula.

Okay, disini aku nak tegaskan yang tak bermaksud aku tak nak sambung belajar. Aku nak. Bila aku rasa ekonomi aku kukuh, rasa2 duit aku dah banyak dalam poket..hiks. Aku akan buat Master insya-Allah. Aku cuma merancang tapi Allah lebih berkuasa. DIa yang merancang.

SoLat

Tadi seperti biasa, habis je kelas OB(organizational behavior) aku pegi masjid. Solat zohor dekat sana. Kalau gi surau sesak ramai sangat, Jadi, pergi je la masjid. Masjid UIA ni besar. So, aku  pilih level 3 sb dekat sana tak ramai sangat org. Masih ada ruang untuk bernafas. Biasanya lepas je azan aku akn cepat2 solat zohor. Sebab kelas pukul 2. Takut masuk lambat kata hati aku ni.

Tapi hari ni rajin pula. Tetiba je rasa nak buat pahala lebih. Aku nak berjemaah. So, lepas azan aku tunggu jap. Then, bila dah nak start solat, semua yang nak solat jemaah cepat2 bangun masuk saf.

Ok..mesti korang terfikir kan ape yang aku nak cakap kan ni. Bukan aku nak cakap aku bangga solat jemaah. Tapi aku nak cakap, aku tersentap dengan kata2 imam masjid tu.Nanti2 la aku sambung. Aku tak bole janji.Sebab takut tak tertunai. K2...

Aku dah kena tido.k..nite2..^^



No comments: