assalamualaikum..
alhamdulillah,,aku dah sampai rumahku di kedah yang indah dan permai ini..wahahaha..insya-Allah midsem break ni akan menjadi yang terakhir untuk aku. Setelah susah payah bawa beg besar macam batu, pak cik bas susah payah angkat beg aku. Tq pak cik bas.Terima kasih juga kepada kawan ku yang tolong heret beg sampai berpeluh-peluh. Tq kak long ngan mak yang sanggup pinjam kereta jiran sebelah sebab tak harap aku balik naik teksi sorang2 pepagi buta.Dan jiran aku yang sudi bg pinjam kereta.Tq,Tq,Tq..
soooo,ini bermaksud tinggal lagi 2 bulan lagi aku dah nak habis belajar. Tak lama lagi aku bergelar graduan. InsyaAllah.
Ok, mari kite ke main topik.Petang tadi lepas mak dengan akak aku penat pegi kenduri, berehat lah mereka di ruang tamu termasuk aku dengan najmi yang tak buat apa. Kitorang lak rehat sebab penat tak buat apa2..hehehe..
tengah2 lepak tu, mak aku terus tanya aku pasal calon. Lebih kurang macam ni lah dialognye:
Mak: Angah dah ada calon?
Aku: Tak dak.Awat mak?
Mak: Mak nak cari la. Mak nak bagi angah kahwin tahun depan.
What!!! This is crazy. Seriously, aku sebenarnya dah ada plan and to get married in next year is not a part of my plan. Aku rasa kenkawan aku dah tahu plan aku ni. Lagi utamanye, aku dah cakap dekat mak aku.Aku nak kahwin lambat lagi.Aku memang ada minta mak aku cari tapi bukan dalam masa terdekat ni. Bila umur aku 27 tahun ke atas macam tu.Bila aku tak ada sape2 lagi la.
Ok.Benda ni tak perlu nak tertekan lagi. Sebabnye mak aku cakap je. Tak ambil lagi langkah pertama. So, aku bole pujuk mak aku untuk tangguhkan niat suci murni mak aku ni.Jadi aku kena psycho skit.Hahaha..
Bukan aku nak tolak jodoh aku. Tapi aku tak ready lagi. Aku juga ada reason kenapa aku macam ni.Bila aku ready insyaAllah aku diketemukan jodoh.
Ok, next conversation.Selepas mak aku sebut macam tu kak long aku terkejut. Then, mak aku cakap la.Mak aku nak minta tolong ustaz ape ntah minta tolong carikan. K, fine lagi la aku tak suka bab2 kenen2 ni.Aku suka jodoh aku datang secara natural.Romantik gitu. Hahaha..
Ok, tamat sudah hal ehwal ni. Till then, bye ..
p/s: bila fikir balik bagus juga kahwin awal. Tapi aku tak nak la melalui mak aku.Aku nak aku sendiri buat keputusan nak kahwin. ^^
March 23, 2013
March 11, 2013
The pictures i like ^^
assalamualaikum...
allow me to show u some interesting pictures.Some of pics do connected to me and some of pics did made me laugh.So,since sharing is caring, i would like to share these pictures with all of u.
cheeewwwaaahh.. i speaking london la..hahahha.. gambar ni aku dapat dlm fb ye. Just print screen dlm hp then settle.^^..So, selamat mencuci mata.hehehe
comel |
p/s: gambar mana yang korang suka. ^^
March 8, 2013
My THouGHt II
assalamualaikum...
mari kita sambung apa yang bermain dalam fikiran aku sebenarnye.
pasal solat tu. Apa yang aku fikir dan tersentap sangat dengan kata2 imam masjid tu.
Imam tu cakap lebih kurang macam ni.
"......lets perform this solah as our last solah
" Waktu aku tengah betul2 kan kain aku ni,waktu tu aku tengok bawah. Lepas dengar statement dari imam terus aku angkat kepala.Terkesima kejap dalam beberapa saat. Apa yang significantnye kata2 imam ni sampai aku tersentap kan.
pic source: uncle google |
Ape yang aku fikir?
Okay, meh aku kongsi ape yang aku fikir. Of course, ayat ni selalu je aku dengar. Especially dalam kelas. Sentiasa dalam peringatan. Tapi aku sebenarnye dah lama tak dengar statement ni. Aku rasa aku dah lupa apa tujuannye aku kena solat. Aku dah lupa yang solat aku buat ni ape niat aku. Adakah aku ikhlas? Adakah aku fikir aku muslim aku kena solat? Atau solat ni aku buat sebab aku fikir kalau aku solat Allah tolong aku.
Tengok, betapa tak bersukurnye aku sebagai hamba Allah. Buat seketika, aku terlupa yang aku juga akan mati. Aku juga akan jumpa Tuhan aku kelak. Aku tak bole confirmkan bila aku mati. Cara aku solat dan aku hidup bagaikan aku akan hidup seribu tahun lagi. Macam yakin je aku mati masa aku tua. Peringatan pasal kematian sentiasa aku dengar. Tapi kata2 imam ni memang buat aku fikir panjang.
Aku solat sambil lewa. Bacaan surah dalam solat pun aku still kena improve.Banyak2..Walaupun aku solat dah bertahun-tahun, tapi aku tetap kena belajar lagi. Selama ni aku rasa aku dah okay. Aku rasa aku dah banyak berubah.Beza diri aku dari sekolah dengan sekarang. Walaupun aku tak de la bertudung labuh, tapi aku cerewet dalam certain2 isu. Contohnye tudung aku, aku akan pastikan tak jarang.Baju aku..Aku akan tengok sama ada baju tu ikut tubuh aku ke tak.If kawan aku tegur kata baju aku tu ikut tubuh aku tak pakai.
Aku ingat aku dah okay. Rupanya tak. Banyak lagi aku kena berubah. Especially solat aku.Macam mana aku nak menghadap depan Allah kela? Solat aku tak sempurna. Aku solat bagaikan ini bukan solat terakhir aku. Malu la aku nanti di akhirat.Bila aku tak boleh jalankan tanggungjawab aku dengan sempurna.Yang lain sibuk aku nak perbaiki.Padahal yang utama aku tak cuba perbaiki.
So guys, jom kita perbaiki dan upgrade lagi skill solat kita. Kita sibuk la nak upgrade skill2 duniawi ni. Tapi skill solat banyak cacat celanya. Aku bukannya budak alim.Ilmu agama pun tak tinggi.. Tapi aku manusia yang kurang segalanya(poyo tak ayat aku?..hahaha).
Jika kita sibuk be the best among the best atas dunia ni. Meh kita be the best as a muslim di depan mata Allah. Jika kita sibuk nak jadi excellence dalam hidup ni. Meh kita jadikan solat kita excellent. Kalau kita sibuk nak cari ilmu untuk lengkapkan diri kita ni.Meh kita belajar ilmu solat dengan sempurna supaya kita boleh dapat kekhusyukan dalam solat.
Ni peringatan bersama. For you,you and you..and of course for me. Aku tak pandai nak tulis.Tapi aku tulis apa yang aku rasa .Ok..
Till then, bye2 n salam..^^
MY tHOUGHT
assalamualaikum...
lai2..mari2..aku nak update post baru..hehehe..
cuma nak update sikit je ari ni.tp dijangkakan akan menjadi panjang.hehehe...
ok..lets start...^^
sekarang dah week 5 for this sem oi..dah tak lama masuk mid-break.Pastu habis mid-break bemulala sibuk dengan segala presentation,asignment submittion then FINAL!!!!
ok, ape yang aku fikir?? this is my last sem, and everything is last wei. EVERYTHING!! Entahla, aku tak tahu apa yang patut aku rasa, Happy? Sedih? Sayu? Debar?.. rasanya semua dah bercampur. Aku ingat aku dah bersedia untuk lihat dunia luar. Tapi sebenarnya belum. Resume pun tak mula buat lagi.
Walau macam mana pun aku tetap kena mengadap dunia luar dalam masa beberapa bulan lagi yang pastinya tahun ni..emm... cane ni?? T_T
Sambung belajar Vs Kerja
Ok, sekarang ramai dah tanya apa yang aku nak buat selepas ni. Semua students university ni ada dua pilihan bila diorang dh tamat belajar-sambung master or kerja-..
Ape yang aku fikir? Ini jawapan yang aku selalu bagi dan sentiasa dalam fikiran aku. Aku nak kerja. Kali ni aku cari duit sendiri. Habis je aku belajar dekat UIA ni aku dah ada tanggungjawab. Tanggungjawab yang aku selalu fikir lepas je aku habis SPM.
Ada kawan aku pelik, kenapa aku nak sangat kerja daripada sambung belajar. Nak sangat tempuh dunia luar yang sangat la mencabar. Baik sambung belajar, jauh lebih baik.Tambah2 kalau sambung Master nak cari kerja lagi senang. Jadi lecturer lagi senang.
Ini jawapan aku, sampai bila aku nak hidup bergantung dengan mak ayah aku. Aku tahu dekat dunia luar ni banyak sangat dugaan. Aku selalu nampak ayah aku mengeluh dengan kerja dia bila dia balik keja. Aku nampak muka letih ayah aku yang amat sangat bila balik. Yang pastinya, bila ayah aku balik keja, ayah aku akan makan, pastu mandi, tengok tv kejap. Dlam pukul 9 sampai 10 macam tu ayah aku dah tidur.
Bukan bermaksud aku ni nak sangat keja.Bukan juga aku bermaksud kawan2 aku ni tak kesian dengan mak bapak diorang kan. Cuma bila fikir balik aku ni perempuan. Apa la sangat aku boleh buat untuk mak dengan ayah aku. Aku tak de la rajin sangat nak keja. Takde la aku nak sangat jadi kaya. Tapi aku fikir benda ni dah bertahun-tahun. Aku bukannya anak orang kaya. Ayah keja gaji sebulan berapa la sangat. Nak bela anak2 dia yang demand macam2. Kalau bapak aku dengan mak aku ja memang diorang bole pakai BMW dgn rumah banglo dah. Tapi sebab demi anak2 diorang tak terfikir pun macam tu.Aku je yang fikir lebih2.hehhe..
So, for me to get a job is my choice. Sementara aku still bujang dan takde sape2 lagi, aku fikir aku patut kerja dan luangkan masa sepenuhnya dengan family aku.Make them happy. Itu yang pasti. Entah macam mana aku akan hadapi atau macam mana aku nanti lets wait and see.Doakan aku yang terbaik.Depend too much on my parents, macam bagi beban la pula.
Okay, disini aku nak tegaskan yang tak bermaksud aku tak nak sambung belajar. Aku nak. Bila aku rasa ekonomi aku kukuh, rasa2 duit aku dah banyak dalam poket..hiks. Aku akan buat Master insya-Allah. Aku cuma merancang tapi Allah lebih berkuasa. DIa yang merancang.
SoLat
Tadi seperti biasa, habis je kelas OB(organizational behavior) aku pegi masjid. Solat zohor dekat sana. Kalau gi surau sesak ramai sangat, Jadi, pergi je la masjid. Masjid UIA ni besar. So, aku pilih level 3 sb dekat sana tak ramai sangat org. Masih ada ruang untuk bernafas. Biasanya lepas je azan aku akn cepat2 solat zohor. Sebab kelas pukul 2. Takut masuk lambat kata hati aku ni.
Tapi hari ni rajin pula. Tetiba je rasa nak buat pahala lebih. Aku nak berjemaah. So, lepas azan aku tunggu jap. Then, bila dah nak start solat, semua yang nak solat jemaah cepat2 bangun masuk saf.
Ok..mesti korang terfikir kan ape yang aku nak cakap kan ni. Bukan aku nak cakap aku bangga solat jemaah. Tapi aku nak cakap, aku tersentap dengan kata2 imam masjid tu.Nanti2 la aku sambung. Aku tak bole janji.Sebab takut tak tertunai. K2...
Aku dah kena tido.k..nite2..^^
Subscribe to:
Posts (Atom)