March 23, 2013

Cari Jodoh

assalamualaikum..

alhamdulillah,,aku dah sampai rumahku di kedah yang indah dan permai ini..wahahaha..insya-Allah midsem break ni akan menjadi yang terakhir untuk aku. Setelah susah payah bawa beg besar macam batu, pak cik bas susah payah angkat beg aku. Tq pak cik bas.Terima kasih juga kepada kawan ku yang tolong heret beg sampai berpeluh-peluh. Tq kak long ngan mak yang sanggup pinjam kereta jiran sebelah sebab tak harap aku balik naik teksi sorang2 pepagi buta.Dan jiran aku yang sudi bg pinjam kereta.Tq,Tq,Tq..

soooo,ini bermaksud tinggal lagi 2 bulan lagi aku dah nak habis belajar. Tak lama lagi aku bergelar graduan. InsyaAllah.

Ok, mari kite ke main topik.Petang tadi lepas mak dengan akak aku penat pegi kenduri, berehat lah mereka di ruang tamu termasuk aku dengan najmi yang tak buat apa. Kitorang lak rehat sebab penat tak buat apa2..hehehe..

tengah2 lepak tu, mak aku terus tanya aku pasal calon. Lebih kurang macam ni lah dialognye:

Mak: Angah dah ada calon?
Aku: Tak dak.Awat mak?
Mak: Mak nak cari la. Mak nak bagi angah kahwin tahun depan.

What!!! This is crazy. Seriously, aku sebenarnya  dah ada plan and to get married in next year is not a part of my plan. Aku rasa kenkawan aku dah tahu plan aku ni. Lagi utamanye, aku dah cakap dekat mak aku.Aku nak kahwin lambat lagi.Aku memang ada minta mak aku cari tapi bukan dalam masa terdekat ni. Bila umur aku 27 tahun ke atas macam tu.Bila aku tak ada sape2 lagi la.

Ok.Benda ni tak perlu nak tertekan lagi. Sebabnye mak aku cakap je. Tak ambil lagi langkah pertama. So, aku bole pujuk mak aku untuk tangguhkan niat suci murni mak aku ni.Jadi aku kena psycho skit.Hahaha..

Bukan aku nak tolak jodoh aku. Tapi aku tak ready lagi. Aku juga ada reason kenapa aku macam ni.Bila aku ready insyaAllah aku diketemukan jodoh.

Ok, next conversation.Selepas mak aku sebut macam tu kak long aku terkejut. Then, mak aku cakap la.Mak aku nak minta tolong ustaz ape ntah minta tolong carikan. K, fine lagi la aku tak suka bab2 kenen2 ni.Aku suka jodoh aku datang secara natural.Romantik gitu. Hahaha..

Ok, tamat sudah hal ehwal ni. Till then, bye ..

p/s: bila fikir balik bagus juga kahwin awal. Tapi aku tak nak la melalui mak aku.Aku nak aku sendiri buat keputusan nak kahwin. ^^


No comments: