May 20, 2013

Different

pic sc: google

assalamualaikum..


scene 1:
tengah teman seorang kawan pegi jj wangsa maju.Kawan aku ni nak beli kasut berjenama yang pastinya aku tak mampu nak beli. Bila di tanya kenapa nak beli, dia cakap kasut tu selesa bila di pakai. Then, she bought three pair of shoes. The other two shoes were for her relatives. 

Waktu aku duduk atas kerusi sambli perhati kawan aku tengah cuba kasut tu aku tengok juga kasut aku. Hurmm..kasut aku ni baru beli dua bulan lepas. Disebabkan aku pakai kasut tu pegi mana-mana aku tengok kasut aku tu tak lama lagi rosak. Then, start la conversation aku dengan dia.

Aku: hurmm..kasut ni dah lusuh dah. Tak lama lagi rosak la ni.
Dia: Alang-alang dah kat sini beli la kasut sekali.
Aku: tapi tak de ni. (sambli menunjuk bahasa tangan yang membawa masud duit).
Dia: Alar.. gi la cucuk, mesin ATM ada je kan dekat sini.

Terus aku diam. Bagi kawan aku yang sorang ni, bila cakap tak de duit yang dia faham no cash in hand. Bagi aku bila aku cakap aku tak de duit, memang aku tak de duit. Duit dalam bank tu untuk aku hidup dekat uni ni. Tapi ini bukan salah dia, sebab dia dan aku berbeza perspektif.

scene 2:

Aku pergi bercuti di salah sebuah tempat peranginan di Malaysia ni. Alhamdulillah, rezeki aku murah. My vacation was supported by my bestfriend. Kawan aku ajak aku ikut dia. waktu pergi tu ada aku, dia, mak dia and kawan2 yang lain. Waktu bersantai tepi pantai, we had few conversations and there was one conversation we had with her mother.

My friend: Auntie pernah hidup susah tak?
Auntie:  Ish, pernah..dulu2 waktu auntie nak mulakan bisnes, auntie kena berpisah dengan diorang.
           Kesian anak auntie kena duduk dengan maid. Diorang membesar dengan maid.Auntie dengan uncle             terpaksa berpisah dengan diorang. Tak percaya tanyalah ******(nama kawan aku).

terus aku memandang ke laut. Ini yang aku fikir. Itu dugaan yang Allah beri. Bagi aku maksud hidup susah ialah masalah kewangan. Duit tak cukup.Tak dapat apa yang orang lain dapat. Nasi, ikan goreng dengan kicap sudah cukup menyelerakan. Sentiasa bersyukur. Dapat makan makan kfc waktu cukup bulan dah rasa senang walaupun nanti akan mengahadap nasi berlaukkan ikan goreng. 

Itu hidup aku waktu aku kecil. Itu pandangan aku tentang susah. Walaupun keluarga aku susah waktu tu, kami tetap bersama. Tak merungut dan sentiasa bersyukur. Apa yang pasti keluarga aku tabah. Walaupun aku dapat memilih makanan lebih baik sekarang tapi aku masih rindu nasi dengan ikan goreng ataupun telur goreng. Itu aku sebab aku pernah susah.

Tapi bagi sesetengah orang, hidup kaya tapi berpisah dengan yang tersayang adalah susah bagi mereka. Itu mereka. Definisi susah berbeza bagi setiap orang.  Sudut perspektif yang berbeza tapi perkataan yang sama.Kalau sebut pasal berpisah adalah susah bagi aku sama seperti mereka.

Aku juga terpaksa berpisah dengan keluarga aku demi kehidupan lebih baik. Mengejar segulung ijazah demi menjadikan kehidupan aku dan keluarga aku lebih baik.Mengubah keluarga aku. Tapi bagi sesetengah sahabat aku di uni ni, belajar demi segulung ijazah adalah kehendak keluarga mereka. Sebab memang tradisi keluarga dan ini bukanlah perkara besar bagi mereka. Selepas ijazah sambung pula master. Sesetangah dari mereka buat ijazah ini untuk mengejar doktor falsafah ataupun PHd. Aku hanya mahukan ijazah untuk mendapat pekerjaan yang baik.Masih lagi tidak merancang untuk menyambung pelajaran.

Sekali lagi, berbeza. Setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. Aku dari bawah dan perlu memanjat ke atas. Tapi sesetangahnya sudah berada di atas tapi perlu mengukuhkan kedudukan. Apa yang aku cari adalah kehidupan lebih baik. Supaya hidup aku lebih diberkati. Supaya Allah meredhai hidup aku.

p/s: sebenarnya aku nak letak lg satu scene tapi lupa apa scene tu.huhu

No comments: