October 8, 2013

How do i do??

assalamualaikum..
 lamaaaaaaaaaanye tak update blog. Ye la tak de citer sgt diri ni ha. As usual i'm waiting for a job. I got interviewed. Banyak. Tapi banyak juga kena pertimbangkan, in term of tempat, restu mak ayah and of course rezki. Especially bank. Aku nak yang boleh avoid semua benda gharar tu. *sigh* rasa macam diri ni terlalu memilih. Anyway, I still finding my ideal, suitable job. Susah nak cari keje sekarang ni. Nak lagi dengan ekonomi negara yang tak berapa nak betul. 

Buat masa sekarang aku duduk je dalam rumah. Tapi tak de la duduk saja. Banyak juga kerja dekat rumah ni. Baru sedar yang sebenarnya jadi suri rumah ni bukan senang. Tons of work. Lagi2 dalam rumah ni ada budak sekolah lagi. My mak ada kebun kecil tepi rumah. Yang tu pun kena jaga juga. Everything has to be taken care of. Memandangkan aku dah ada dekat rumah ni. so, menjadi tanggungjawab aku tolong mak aku..
love u mak..muahhh..hahaha

Ada la orang tanya tak risau ke aku tak keje lagi. So, aku jawab belum rezki. Sape tak risau oi dh penat2 habis belajar dekat  menara gading. Ko keluar tak keje lagi. Tapi aku syukur, my mak always besides me. Sentiasa la comfort aku ni. So, aku tak de la risau mana. InsyaAllah, aku yakin rezki aku Allah dah tetap kan. Cuma aku kena keep cari. No worries. hehehe.

So,till then.If rajin aku update lg.(Entah la bila =P)

June 24, 2013

MEMORY 2

assalamualaikum...
now, another memories 




I-Youth camp (miss the kids)



orang yg tudung hitam tu tak lama dah nak kawin.hehehe







its randomly choose by me. Every pic has its own meaning.Sakit ke, happy, suka atau benci, atau apa jua jenis memori yang ada,Ia sebenarnya kenangan dan dah pun berlaku.
till then.. ^^

June 23, 2013

MEMORY 1

assalamualaikum...

apa khabar kamu-kamu yang sudi baca blog i nih??
=P
let's talk about memory. Life is just short and we never know when our journey will end kan. Only Allah knows.

Tengah survey keja through online ni kebetulan terbuka gambar dalam folder UIAM. Then, all memories come back. Kadang-kadang kita lupa tentang memori lalu. Bukan sengaja dilupakan tapi dek kerana kita akan sentiasa mencipta memori yang baru. Yang lama kita simpan rapi dalam fikiran. Tapi memori lama akan terselit atau muncul balik walau seketika. Waktu tulah kita akan tersenyum sendiri. Kita sedar betapa masa cepat berlalu. Dan kadang kita harap masa berputar balik ke masa lampau. Itu yang aku fikir lah. 

Life must go on kan. Hidup sentiasa berubah seperti umur kita juga. Sentiasa berubah,Tidak akan tetap sama macam dulu. Allah atur hidup kita dengan pelbagai warna.oh..yes, i miss UIAM. Rindu weh.

Now, these are just random pics that i choose. It is memory. Memories that you cannot easily get from other places. 

i wonder, is nisa already print out the photos?..hurmmm..


it was a very good team.



serius, gambar ni buat aku tersenyum. =)












Add caption

just nak cakap, kitorang tak plan pun nak pakai purple. Tapi Allah yang plan..hihi

Bajet model kitorang..haha
last but not least. Nanti aku letak lagi banyak gambar.  Banyak sangat gambar dalam lappy aku ni.  Thanks for the memories friend. This I will miss and keep in my mind forevahhh..hiks. =P

June 21, 2013

Najmi dan hospital

assalamualaikum...

first of all, alhamdulillah.. My last sem result had out. I am graduating student now. =P. Sekarang tgh cari kerja. Susah juga nak dapat kerja ni. May Allah gives me the best.

Sebenarnya kan, banyak benda aku nak cerita dalam blog ni.Tapi mari aku mulakan dengan adik aku yang paling bongsu. Si najmi. He was admitted to the hospital and discharged today. Sejak2 ni najmi asyik demam. Asal malam je demam.Siang okay. dah pegi klinik berkali-kali. Doktor still bagi ubat yang sama. So, my mom decided untuk pegi hospital. At the end, najmi kena tahan dekat wad.

Dia disyaki ada kuman dalam paru-paru + asma + demam. Yang pasal kuman tu, aku tak risau sangat, Sebab member aku pernah jadi macam tu juga. Masuk hospital, doktor bagi ubat. Then dah ok. Tapi yang asma tu. Itu yang aku risau. Najmi senang kena serang dengan asma. oh, Najmi juga ada masalah berat badan. Obesiti. Terlebih 5 kg. Disebabkan adik aku tinggi he should at 38 kg max. Budak darjah 2 beratnya 43 kg. Memang berat la. Tinggi najmi dah lepas bahu aku. Doktor ada pesan dekat najmi, adik aku kena diet. Nanti besar kurus jadi hensem macam doktor..errr...kelakar bila aku dengar. Tapi doktor tu memang hensem pun. hihi.. (aku admit tak semestinya aku suka, so, jangan fikir bukan2).

Hari ke-2, najmi dah tak demam. Tinggal asma, So, on that day aku kena jaga dia.Penat weh. Najmi ni bila ada kakak dengan abang dia memang tak berhenti gerak dan bercakap. Serious. Bila balik rumah terus pengsan. Tak sedar diri langsung.Lepas tu aku pula tak sihat. Nak cakap pun tak boleh.Suara hilang terus.huhu

Malam tu, doktor cakap dekat adik aku yang dia nak ambil darah sebotol. Lepas dengar je doktor tu cakap, terus adik aku menangis. Kuat weh.SANGAT.Sampai satu level tu dengar.Budak sebelah katil adik aku  pun menangis. Sebab dia pun faham sakit ambil darah tu macam mana.Sebenarnya najmi dah kena cucuk sebelum ni. So, bila kena lagi sekali dia dah tak sanggup la.

At the end, tak jadi nak cucuk. Selamat najmi.Tapi lepas tu baru la najmi rasa malu. Siap tanya aku lagi orang lain dengar tak? Confirm la dengar, dah menangis tu pitchingnya tinggi. haha..

Esok pagi tu, aku tidur atas kerusi. Tak sedar langsung. Sedar2 je doktor dah keliling katil.Aku lak yang malu. Dah la doktor lelaki.Dengan tak mandi dan tak bergosok gigi.Memang natural face la muka aku.hihi.Nak cover punya pasal aku sambung tidur, nak buat2 tidur lagi malu kan.Baik sambung je beradu, hilang rasa malau SEKEJAP.hahaha..

Agak2 doktor tu pegi check up katil lain, aku terus bangun.Just ada doktor perempuan dekat katil adik aku.So, tak de la segan.Then, aku called mak dengan adik aku.Minta datang ambil dan mak jaga adik.Lagi pun adik aku dah nak discharge. Just doktor nak ajar najmi macam mana nak pakai inhaler sendiri.

Tadi doktor pesan kat najmi, kena pandai pakai inhaler sendiri.Selagi tak pandai selagi tu dia kena tahan dalam wad. Ha...ape lagi.Bersungguh-sungguh dia belajar.hahaha. Nak keluar punya pasal.Banyak kali juga la dia practice. Di sebabkan najmi ni fast learner, so, najmi dah bole keluar.Alhamdulillah.

Tapi najmi masih di bawah pengawasan.Doktor ada bagi table, minta mak aku check. Pastikan ubat dan inhaler di ambil dengan betul.Jumpa doktor tepat pada tarikh diberikan.  Makanan kena pastikan terjaga. Najmi ada 6 jenis ubat kena makan. Dia dapat ubat biji since dia dah pandai telan ubat tu. Najmi juga kena guna dua jenis inhaler. Perlu ikut peraturan. Yang satu tu 2 kali sehari, lagi satu 4 kali sehari. At the beginning, its a bit burden for najmi. Tapi doktor cakap if ada improvement semua ubat tu boleh dikurangkan.InsyaAllah.

So, thats all.Aku akan update lagi.But this time yg lain pula.hihi..

p/s: Najmi cakap ada 3 benda yang dia terseksa.
1. ubat+ pam asma yang banyak dan pahit.
2. doktor yang selalu datang buat check-up
3. kena cucuk sebab ambil darah.


ini budak tengah pakai mesin pam asma. He always cheerful tak kira la sakit pun.heheh



May 21, 2013

Final of final

assalamualaikum..




before we go to the main topic. I just wanna tell you something. Tadi aku tidur petang. I had dream. The dream that make me happy at first. Which it gave me hope even in my dream.Unfortunately, that nice dream turn out to be disaster, shame and of course unhappy. The moral of the story is JANGAN TIDUR PETANG..hehehe

Ok now, it is final of final.Time flies so fast. This is my final,Final for everything. I will graduate soon. Leaving this nice garden of knowledge and virtue to the full adventure and challenge of the world.Many of my friends asked me, what is my plan after graduate?

Definitely not further my study. Not in my plan yet but if Allah gives rezeki I will further my study. Sape tak nak kan? If u get the chance of course we will grab it especially it can guarantee your future. InsyaAllah.

my final will start on 26th. Then continue 27th, 29th of may, 6,7 and 8th of June. Then, I will going back to my home town.Sebelum ni, aku adalah orang yang akan balik awal dalam roomate aku. But this time I'll be the last one. Allah just gives me time for me to spend my last moment in this campus. That's all. Pray for me and wish me all the best..Sekian. ^^

p/s: Aku still nak anak. hahaha..terkejut??but one of my friend said, 'cari suami kepada kamu dulu baru bapak kepada anak kamu'. My mom also said, cari bakal suami dulu baru kahwin.Then, baru la fikir pasal anak.So, who wants to be my husband?.Hohoho
(@_@)


May 20, 2013

Different

pic sc: google

assalamualaikum..


scene 1:
tengah teman seorang kawan pegi jj wangsa maju.Kawan aku ni nak beli kasut berjenama yang pastinya aku tak mampu nak beli. Bila di tanya kenapa nak beli, dia cakap kasut tu selesa bila di pakai. Then, she bought three pair of shoes. The other two shoes were for her relatives. 

Waktu aku duduk atas kerusi sambli perhati kawan aku tengah cuba kasut tu aku tengok juga kasut aku. Hurmm..kasut aku ni baru beli dua bulan lepas. Disebabkan aku pakai kasut tu pegi mana-mana aku tengok kasut aku tu tak lama lagi rosak. Then, start la conversation aku dengan dia.

Aku: hurmm..kasut ni dah lusuh dah. Tak lama lagi rosak la ni.
Dia: Alang-alang dah kat sini beli la kasut sekali.
Aku: tapi tak de ni. (sambli menunjuk bahasa tangan yang membawa masud duit).
Dia: Alar.. gi la cucuk, mesin ATM ada je kan dekat sini.

Terus aku diam. Bagi kawan aku yang sorang ni, bila cakap tak de duit yang dia faham no cash in hand. Bagi aku bila aku cakap aku tak de duit, memang aku tak de duit. Duit dalam bank tu untuk aku hidup dekat uni ni. Tapi ini bukan salah dia, sebab dia dan aku berbeza perspektif.

scene 2:

Aku pergi bercuti di salah sebuah tempat peranginan di Malaysia ni. Alhamdulillah, rezeki aku murah. My vacation was supported by my bestfriend. Kawan aku ajak aku ikut dia. waktu pergi tu ada aku, dia, mak dia and kawan2 yang lain. Waktu bersantai tepi pantai, we had few conversations and there was one conversation we had with her mother.

My friend: Auntie pernah hidup susah tak?
Auntie:  Ish, pernah..dulu2 waktu auntie nak mulakan bisnes, auntie kena berpisah dengan diorang.
           Kesian anak auntie kena duduk dengan maid. Diorang membesar dengan maid.Auntie dengan uncle             terpaksa berpisah dengan diorang. Tak percaya tanyalah ******(nama kawan aku).

terus aku memandang ke laut. Ini yang aku fikir. Itu dugaan yang Allah beri. Bagi aku maksud hidup susah ialah masalah kewangan. Duit tak cukup.Tak dapat apa yang orang lain dapat. Nasi, ikan goreng dengan kicap sudah cukup menyelerakan. Sentiasa bersyukur. Dapat makan makan kfc waktu cukup bulan dah rasa senang walaupun nanti akan mengahadap nasi berlaukkan ikan goreng. 

Itu hidup aku waktu aku kecil. Itu pandangan aku tentang susah. Walaupun keluarga aku susah waktu tu, kami tetap bersama. Tak merungut dan sentiasa bersyukur. Apa yang pasti keluarga aku tabah. Walaupun aku dapat memilih makanan lebih baik sekarang tapi aku masih rindu nasi dengan ikan goreng ataupun telur goreng. Itu aku sebab aku pernah susah.

Tapi bagi sesetengah orang, hidup kaya tapi berpisah dengan yang tersayang adalah susah bagi mereka. Itu mereka. Definisi susah berbeza bagi setiap orang.  Sudut perspektif yang berbeza tapi perkataan yang sama.Kalau sebut pasal berpisah adalah susah bagi aku sama seperti mereka.

Aku juga terpaksa berpisah dengan keluarga aku demi kehidupan lebih baik. Mengejar segulung ijazah demi menjadikan kehidupan aku dan keluarga aku lebih baik.Mengubah keluarga aku. Tapi bagi sesetengah sahabat aku di uni ni, belajar demi segulung ijazah adalah kehendak keluarga mereka. Sebab memang tradisi keluarga dan ini bukanlah perkara besar bagi mereka. Selepas ijazah sambung pula master. Sesetangah dari mereka buat ijazah ini untuk mengejar doktor falsafah ataupun PHd. Aku hanya mahukan ijazah untuk mendapat pekerjaan yang baik.Masih lagi tidak merancang untuk menyambung pelajaran.

Sekali lagi, berbeza. Setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. Aku dari bawah dan perlu memanjat ke atas. Tapi sesetangahnya sudah berada di atas tapi perlu mengukuhkan kedudukan. Apa yang aku cari adalah kehidupan lebih baik. Supaya hidup aku lebih diberkati. Supaya Allah meredhai hidup aku.

p/s: sebenarnya aku nak letak lg satu scene tapi lupa apa scene tu.huhu

May 15, 2013

Shout my voice out

assalamualaikum..

do i have to do it now or not? Do i really know what i want or not? do i? hurmm....
Currently, i have been on something. Something that people may say desperate. But there is one link or i can say post of someone's blogs make me realize.

Should I or shouldnt I? The thing that I am afraid is I may lost my chance.I don't know what to do. I need to think more..hurm...

p/s: just short post since I think that I should shout my voice out.So, the blog is appropriate for me since I dont have many viewers... Thanks those who read it.. U know my heart now..Sengal pun sengal la..heheh =P

May 13, 2013

Kenangan

assalamualaikum...

as some of my friends know, this semester i am soooo busy. Ya Allah busy teramat sangat. Everyday ade je keje kena buat. But now alhamdulillah, beban dah ringan sikit. Just left few assignments and it is not a big deal. Since this sem I take 6 subjects I think it quite burden for me as I am an ordinary student,

As this is my last sem,aku sangat menghargai setiap masa. Less than one month everything will be over. The heaviest course work in this sem is LE 4600. It is english subject.The pressure actually depend on who is your lecturer. Mine, get the scariest lecturer in cellpad. However, she is nice actually. Just at first few classes I got stressed because of the workload.  Banyak sangat keje and she almost like dictator. But the one who kind. hehehe

Bila aku buat keja dengan baik  she will give compliment. Bila our performance was bad she not give the punishment. But somehow we feel stressed and scared. Walaupun keja banyak and we banyak merungut at first at the end we can see the result. Tak de la sehebat mana but our performance ok la.Better not excellent.

Last two weeks was the most craziest of my life so far. Seriously, orang lain balik election but me have to stay at campus. So, maksudnya aku tak balik untuk election la.  My presentation was on Friday. Then, how come nak balik election dekat langkawi. All my langkawi friends dah balik just left me dekat uia.

Ok, we have to present our proposal. Then, we prepared but suddenly on the thursday around 4.20 pm our proposal had been rejected. Ya Allah, memang menangis waktu tu. What program should we do? And the hardest part is we have to present on Friday morning at 10.30 am. Memang seksa la.

Diringkaskan cerita, we made it. We change our proposal. Tak de la sehebat mana our proposal but it worth it. Nak cerita sikit, we got the real idea at 3 am on the morning. After long discussion and argument since after maghrib baru la dapat yang beik punyer.We started did our video at 5am. I just got sleep one and half hour. Itu pun pkul 6.Letih kot. But we gagah juga. we tried our best.

one thing I would like to say..My group mates are daebak!!!.They are the best. 

That's the moment that I wont forget. Forever..Yang aku perasan, because of this hardship we become closer which I love them so much. Thanks korang!!!Sayang korang banyak2..hehehe

Now, nah tengok gambar selepas presentation dah hbs.hahaha






Then, to appreciate our hardship last friday kitorang had lunch in spring potato. ^^




kitorang tak ambil gambar makanan. Kitorang ambil gambar orang yang nak makan makanan tuh.heheh..so, till then. All the best wahai member2 ku. May this ukhuwah last till the end. ^^

p/s: this is last week of class.Debar kot. ^^

May 12, 2013

Mature


assalamualaikum...

jika nak tahu kita matang atau tak, lihat dari segi bagaimana kita buat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini pendapat aku dan aku selalu melihat orang dengan cara begini. Rupa tak menggambarkan tahap kematangan kita tapi cara kita fikir yang menggambarkan kematangan kita.

But the fact is most of people judge other people from the look or appearance. Jarang aku nak jumpa orang yang nilai orang lain melalui cara dia berfikir.  The first impression always important. Tapi aku  selalu tak dapat nak bagi good first impression dekat orang lain.

Cara aku menilai orang, first thing is always have good first impression to other people. Then, bila aku makin rapat dengan orang tu, my second impression either change or same. Bergantung lah.

Sebenarnya aku nak cakap, we should act according our age. Bila kita dah berumur dalam 20 ke atas, i think we should think openly. Tapi jangan open sangat. Bagi aku jika kita ada masalah kecil we should not brag about it. Jangan nak besar-besarkan. We should ask the reason why it happen. Aku rasa masalah kecil ni patut diselesaikan dengan mudah.

Just ask to those who create the problem. Why you do this? Then listen to his or her explaination not just jump into conclusion. We are in our own world. We just know our own diary but not that person life. Orang tu pasti ada alasan.

Aku tak cakap aku dah matang. The level of matured is depend on the person.Kadang-kadang sesetengah orang matang bila berada di tempat awam but act childish bila dengan family.And vice versa. I still learn how to be a grown up woman. Walaupun muka aku macam budak2 but I will try at least how I am thinking.

Aku dah penat sebenarnya, penat dalam memikirkan masalah yang sangat remeh. Masalah yang dah lama berlaku but still not change. If the only one party think openly but the other side not, I think the problem would not solve.

Please la, buang ego tu. Buang sifat asyik nak merajuk, buang sifat yang boleh merosakkan hubungan. We just a human being and yes we always make mistakes. Sekarang bukan masanya untuk fikir yang He or she has to feel what I feel, but it is the time we should have to talk. Bincang dan cari punca masalah. Not hiding it. Yes, aku patut berfikir atas kasut orang lain but they also should think on my foot.

We have to think for the sake of everybody. You have to understand other people's mind. At least jaga hubungan antara manusia. Because that what Allah will ask us in the day of judgement.

p/s: this post may annoyed you, so again please ignore me. It is just me and my kata hati.


May 11, 2013

Ignore Me

assalamualaikum...

Semakin usia aku berganjak aku dapat rasakan begitu banyak cerita aku dah buat. Kalau di catat dalam diari, rasanya aku dah boleh buat mini library dalam bilik ni. setiap manusia ada cerita kan, aku pun mesti lah ada cerita.

Tahun ni umur aku 23 tahun. Ini bermakan Allah masih lagi beri peluang aku bernafas untuk 23 tahun. Masa depan aku siapa pun tak tahu kecuali Allah yang Maha Esa.

Selama hidup aku, hati aku ni aku rasa macam dah rabak dah. Bila luka, aku cuba letak ubat, bila berkecai aku cuba cantum, bila sakit aku minta Allah ubatkan aku. Bila hati aku berbunga aku rasakan dunia ni aku yang punya.

23 tahun.Aku muda lagi. Banyak lagi aku kena hadapi.Entah apa yang akan aku lalui nanti. Kurang lagi sebulan aku akan tamatkan hidup aku sebagai pelajar. Sekali lagi aku akan mulakan hidup baru.

Aku ingat lagi, waktu aku SPM dulu. 1001 soalan bermain dalam fikiran aku. Aku masuk universiti mana? Agak2 lepas tak result SPM aku nak masuk u? Bolehkah aku hidup sebagai student u? Kalau tak dapat u aku nak buat apa? Apa yang pasti, ia adalah 'unimaginable life'. Sampailah aku mengharungi hidup aku sebagai pelajar universiti.

Sekarang perkara ni kembali lagi.1001 soalan bermain dalam fikiran aku. Entah bila penghujung hidup aku.

Yang pasti. I will move on. This is my lonely journey. More lonely. People may say i have many friends and family by my side.That is true but they are not always by my side. As I am getting older, they getting far from me which it makes me feel frustrated. What they dont know actually I am always like this. Alone in my own world.

Saat aku melangkah keluar dari rumah aku waktu nak masuk CFS Nilai dulu, waktu itu aku mulakan hidup aku sebagai lonely ranger.  Its kind pathetic but its true. It is like a lonely traveler get into the big forest. You are alone and you travel by yourself. Now I feel it, I go deep into the forest. Do my very best to survive in the forest. Trying very hard to adapt in the forest. Keep walking and walking. Everyday is my new adventure. But this is what always come in my mind.- Where is the end of my journey?  Is it still far or near to my ultimate destination?

Along my journey I may meet someone who will go on the same route like me. Or  I may still travel by myself and see how far can I go or what will I get at the end of my journey.

Only Allah knows..

p/s: there are many things that have made me speechless which I asked myself, what should I do? Guys, please ignore me if u are not understand. Its just how I layan this my stupid emotion+ feeling..

Its hard to express how I feel right now. But I will always try to smile since its my medicine.


March 23, 2013

Cari Jodoh

assalamualaikum..

alhamdulillah,,aku dah sampai rumahku di kedah yang indah dan permai ini..wahahaha..insya-Allah midsem break ni akan menjadi yang terakhir untuk aku. Setelah susah payah bawa beg besar macam batu, pak cik bas susah payah angkat beg aku. Tq pak cik bas.Terima kasih juga kepada kawan ku yang tolong heret beg sampai berpeluh-peluh. Tq kak long ngan mak yang sanggup pinjam kereta jiran sebelah sebab tak harap aku balik naik teksi sorang2 pepagi buta.Dan jiran aku yang sudi bg pinjam kereta.Tq,Tq,Tq..

soooo,ini bermaksud tinggal lagi 2 bulan lagi aku dah nak habis belajar. Tak lama lagi aku bergelar graduan. InsyaAllah.

Ok, mari kite ke main topik.Petang tadi lepas mak dengan akak aku penat pegi kenduri, berehat lah mereka di ruang tamu termasuk aku dengan najmi yang tak buat apa. Kitorang lak rehat sebab penat tak buat apa2..hehehe..

tengah2 lepak tu, mak aku terus tanya aku pasal calon. Lebih kurang macam ni lah dialognye:

Mak: Angah dah ada calon?
Aku: Tak dak.Awat mak?
Mak: Mak nak cari la. Mak nak bagi angah kahwin tahun depan.

What!!! This is crazy. Seriously, aku sebenarnya  dah ada plan and to get married in next year is not a part of my plan. Aku rasa kenkawan aku dah tahu plan aku ni. Lagi utamanye, aku dah cakap dekat mak aku.Aku nak kahwin lambat lagi.Aku memang ada minta mak aku cari tapi bukan dalam masa terdekat ni. Bila umur aku 27 tahun ke atas macam tu.Bila aku tak ada sape2 lagi la.

Ok.Benda ni tak perlu nak tertekan lagi. Sebabnye mak aku cakap je. Tak ambil lagi langkah pertama. So, aku bole pujuk mak aku untuk tangguhkan niat suci murni mak aku ni.Jadi aku kena psycho skit.Hahaha..

Bukan aku nak tolak jodoh aku. Tapi aku tak ready lagi. Aku juga ada reason kenapa aku macam ni.Bila aku ready insyaAllah aku diketemukan jodoh.

Ok, next conversation.Selepas mak aku sebut macam tu kak long aku terkejut. Then, mak aku cakap la.Mak aku nak minta tolong ustaz ape ntah minta tolong carikan. K, fine lagi la aku tak suka bab2 kenen2 ni.Aku suka jodoh aku datang secara natural.Romantik gitu. Hahaha..

Ok, tamat sudah hal ehwal ni. Till then, bye ..

p/s: bila fikir balik bagus juga kahwin awal. Tapi aku tak nak la melalui mak aku.Aku nak aku sendiri buat keputusan nak kahwin. ^^


March 11, 2013

The pictures i like ^^

assalamualaikum...
 allow me to show u some interesting pictures.Some of pics do connected to me and some of pics did made me laugh.So,since sharing is caring, i would like to share these pictures with all of u. cheeewwwaaahh.. i speaking london la..hahahha.. gambar ni aku dapat dlm fb ye. Just print screen dlm hp then settle.^^..So, selamat mencuci mata.hehehe 












 




 
     
comel

 

 






p/s: gambar mana yang korang suka. ^^